Sabtu, 19 Disember 2009

ZIKRULLAH, WIRID DAN TAHLIL

Semua ibadah-ibadah zikrullah ini kalau dikerjakan dengan betul akan
meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan, serta kebahagiaan di
hati.

Firman Allah:
Terjemahannya: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan
tenang.
(Ar Ra'd: 28)

Syaratnya mestilah ibadah itu dilakukan dengan beradab, difahami dan
dihayati maksudnya. Misalnya kita menyebut Subhanallah mestilah
diberitahu hati bahawa Maha Suci Allah dari kekurangan yang disifatkan
pada-Nya.

Bila menyebut Alhamdulillah resapkan di hati bahawa segala puji bagi
Allah, segala kebaikan, nikmat dan rahmat yang memenuhi langit dan bumi
adalah kepunyaan Allah. Kenangkan segala pemberian Allah pada kita
semasa menyebut pujian itu supaya dengan itu akan terasa hubungan kita
dengan Allah.

Begitu juga ketika menyebut Allahu Akbar sedarkan hati bahawa Allah Maha
Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Pentadbir seluruh langit dan
bumi. Rasailah betapa kerdilnya kita di bawah pemerhatian Allah yang
hebat itu.

Sabtu, 15 Ogos 2009

AKU CEMAS KEDATANGAN RAMADHAN

ADUH! Susahnya hatiku bila berhadapan
dengan Ramadhan
Macam ada benda yang tidak kena
Aku cemas selalu dengan kedatangannya
Kalau aku tidak menyambut kedatangannya
dengan sebaik-baiknya
Padaku kedatangan Ramadhan
macam kedatangan tetamu yang sangat mulia
Kedatangan seorang yang mulia dan terhormat
Ketibaan seorang yang dikenali dan dihormati
Seorang yang disayangi dan dipuja
Idola semua dan bersama
Aduh orang macam ini bagaimana aku hendak
menyambutnya? !
Serba tidak kena
Aduh bimbangnya, cara mana dan bagaimana
aku hendak memuliakannya
Sesuai dengan kebesarannya
Secucuk dengan mulia dan kemasyhurannya
Kerana itu kedatangannya aku cemas selalu
Kalau aku tidak beradab dengannya
Aku takut mencacatkan maruahnya
Dia adalah orang besar
Yang patut kita sambut sesuai dengan kebesarannya
Kalau dia tidak datang lebih baik rasanya
daripada kedatangannya
Tapi sudah ketentuan Allah
setahun sekali dia mengunjungi kita
Kita sambutlah dia dengan penuh kecemasan
dan bimbang

Sabtu, 8 Ogos 2009

H1N1@Selsema babi:Bunyinya azab Hasilnya indah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Satu pengorbanan
Korban H1N1
Terutama yang meninggal dunia
Demi sampai beralihnya
Suasana dunia dan wajah manusia
Dari kegelapan dan kekufuran
Kepada cahaya kebenaran
Semuanya dikira cukup berjasa

Tak mungkin Tuhan yang baik
Akan mensia - siakan
Pengorbanan dan Kematian mereka
Diterima baik oleh Tuhan
Kini mereka bahagia bersama Tuhan disana
Mati secara tidak sedar, mati secara pelan2
Disisi Tuhan adalah syahid

Bunyinya azab
Hasilnya indah
Tuhan lakukan ujian itu
Sebagai penghapusan dosa
Kematian mereka berjasa

Menukar dunia yang berdosa
Kepada dunia yang sejahtera
Ertinya semua tangisan itu
Tangisan kegembiraan
Lalu apa lagi
Mahu dikesalkan dan disedihkan
Melainkan menunggu khabar gembira
Yang pasti Tiba
Marilah BerTaqwa kepada Tuhan
Yang punya segala-galanya
SEGALANYa....


Isnin, 3 Ogos 2009

Orang tanye kita jawab...


Semalam aku ditanya dengan macam2 soalan dari sorang student USIM.Banyak juga persoalan yang dia timbulkan.Tentang isu semasa dan sejarah,mmg aku exited nak jawab segala persoalalam nnya,antara soalannya yang aku ingat,Adakah Islam tu radikal?

Ape ea maksud radikal dgn tepat ? aku pn tak tau..dia bgtau radikal tu cam ganas ,sanggup bunuh utk dapatkan sesuatu smthing like that la..hmmm..dgan ilmu A yang pernah aku baca dan fahami aku jawab lah..ikut dalam sejarah Rasulullah tu dalam peperangan tak pernah bunuh orang walaupun ada peluang untuk bunuh,sbab Rasulullah SAW mementingkan nak selamatkan orang itu berbanding nak bunuh dia..bukanlah perjuangan islam tu kerja nak bunuh orang je..tapi nak selamatkan orang islamkan orang.

Macam mana pula perang tu boleh islamkan org?sedangkan perang tu kan bunuh2 org? Peperangan dlm islam hanya nak tunjuk kebesaran Allah SWT apabila tentera yang sedikit boleh mengalahkan tentera yang ramai.Baru nampak kehebatan Islam ,orang akan lebih yakin dgn kekuatan Islam ,Hakikatnya kekuatan umat Islam tu terletak pada kekuatan rohani,bukan kekuatan fizikal dan bukan majoriti.

Macam mana pula keadaan kat Malaysia yang buat demonstrasi pastu sebu sebut jihad,takbir Allahuakbar..!! betul ke dia jihad tu? Jihad yang paling utama adalah jihad terhadap nafsu & syaitan dalam diri,maksudnya baiki diri dulu baru blh nak baiki orang lain.Kita menentang kezaliman tapi diri sndiri masih zalim dgan Allah,kita mahu tegakkan keadilan ,tapi diri sndiri masih x adil dgan org.Kita nak Islam tu tertegak dalam masyarakat,tapi diri sendiri masih kurang mengamalkan suruhan Allah,kadang2 benda haram & makruh pun kita buat .Macam mane nak suruh orang lain buat dlam keadaan kita pun belum buat lagi?

Inilah sedikit sebanyak ilmu yang aku fahami yang boleh aku sampaikan,walau masih kurang tapi kalau orang dah tanya jawab je la selagi mana kita boleh jawab..ytanks kpada orang yang bertanya..

Sabtu, 11 Julai 2009

Benda baru

Da lama x posting da ni,byk sebab lame aku da x posting..satu sebabnya line internet asyik2 putus,ni baru 2 hari lpas 2 hari da xde line,so x dapat ar aku nk posting2 kt blog aku ni..tapi hari ni sbb nak meraikan sesuatu yg baru kat idupaku ni ,aku pn nak berposting gak la..agak2 ape bnde yg baru kt idup aku ni..??sape terror teka ar..

Teeet..!! masaa da abis jawapnnya bukan awek baru.Jawapannya aku baru beli laptop baru,heheheh..da lame da ngidam nak beli ni..tapi alhamdulillah sekarang Tuhan makbulkan.Moga pemberian dari Tuhan ini berserta rahmat & kasih sayangnya ,dan moga aku dapat gunakannya pada jalan kebaikan,amin..

Jenama emachines salah satu anak syarikat acer.Boleh tahan besar gak la hard disk die 320 gb,dengan ram yang 20 gb & intel pentium dual core,tapi 1 je yg kurang best screen lebar ..15.6",tapi ok je la..asalkan aku blh buat kje aku..kire ok la...harge pn leh tahan la..2900 genih lebih kurang rm1700.

Isnin, 22 Jun 2009

Arab City di Melaka tahun 2011


KUALA LUMPUR – Melaka yang kaya dengan warisan sejarah negara bakal mencatat sejarah lagi apabila menjadi lokasi pertama di dunia memiliki Arab City menjelang 2011.

Arab City yang dibangunkan syarikat swasta, Golden Corporate Heritage Sdn. Bhd., (GCH), bernilai RM1.2 bilion itu melibatkan kawasan 13 hektar yang membabitkan tiga fasa pembangunan di Pulau Melaka, Klebang dan Kampung Jawa.

Pengarah Urusannya, Hesham Fathi berkata, fasa pertama projek itu akan melibatkan kos berjumlah RM250 juta di Pulau Melaka yang dijangka siap lebih awal daripada perancangan asalnya dan pelancarannya dijangka pada bulan Mac 2010.

“Fasa pertama yang membabitkan kawasan seluas 1.38 hektar itu telah mula dimajukan pada bulan Mei lalu dan ia merupakan sebuah kompleks perniagaan yang memiliki 240 bazar, sebuah muzium Mesir dan 20 buah restoran kafe berkonsepkan Arab,’’ katanya dalam satu perjumpaan di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Presiden GCH, Saleh Al Mansour.

Hesham menjelaskan, projek tersebut turut memiliki spa khas untuk lelaki serta wanita seperti yang terdapat di Asia Barat.

Menurutnya, setelah ketiga-tiga projek itu disiapkan, sebanyak 200,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan manakala 75 peratus daripadanya adalah untuk penduduk tempatan.






Ahad, 21 Jun 2009

SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ r.a.


Sayidina Abu Bakar As Siddiq, after being appointed as Caliph 1. Once Sayidina Abu Bakar approached Usamah, who was then the war commander. Usamah, then riding a horse, was bashful and intended to dismount and offer the Caliph to ride his horse. With a hand gesture, Sayidina Abu Bakar declined and said,
“By Allah, you cannot dismount and I will not mount up. And what is wrong with my feet gathering a little dust for the sake of jihad in the way of Allah.”
2. On the first occasion that Sayidina Abu Bakar ascended the pulpit after becoming the Caliph, he climbed up only 2 steps, and he did not allow himself to sit where the Prophet usually sat. He said,
”My fellow Muslims, I am elected as your leader, but that does not mean that I am the best amongst you. So, if I am right, help me and if I am wrong, correct me. Remember, the weak among you become strong at my side till I take what is not rightly his from me. Obey me as long as I obey Allah and His Prophet. And if I am disobedient, then there is no reason for you to obey me.”
3. Sayidina Abu Bakar never aspired for the post of Caliph. When alone, he once said:
“By Allah, I have never dreamed of being a leader to the believers, even for a day or a night! And I have never asked of it from Allah, whether openly or in secrecy. And if not by leaving the post would entail me leaving my responsibilities to the religion and faith, surely I would run away wherever my feet takes me.”
4. Once, Sayidina Umar entered the house of Sayidina Abu Bakar and found him crying. When he saw Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar immediately hugged him and said:
“Oh Umar, I do not need the Caliph’s post.” Sayidina Umar immediately cut short Sayidina Abu Bakar and responded: “Where else are you going to run? Because by Allah, we will not topple you nor will we ask you to descend.”
5. Sayidina Abu Bakar only received an allowance of half a lamb a day and 250 dinars a year. This was later increased to one lamb a day and 300 dinars a year. 6. Sayidina Abu Bakar bequeathed Aishah to return his excess wealth accumulated since he became the Caliph to the muslim community. After he passed away, Aishah brought the wealth left by her father to Sayidina Umar. Seeing this, Sayidina Umar cried profusely while saying:
“May Allah bless Abu Bakar. Verily he set a precedence that is difficult for those after him to follow.”
What was left of Sayidina Abu Bakar‘s wealth was a donkey used to carry water, a large container, a milking utensil, and a pair of clothes worn when receiving envoys.
7. He never felt that he was better than anyone else. He always uttered the Prophet’s prayers while putting his right hand to his heart:
“O God, who toss and turn the hearts of man, hold steadfast my heart to Your religion.”
8. He was always worried of his fate and destiny. He said crying:
“Whatever be my destiny, why didn’t I become a tree that is only cut and felled.”
9. Before he was appointed as the Caliph, Sayidina Abu Bakar used to help old women, poor widows and orphans who lived in the alleys. He frequently visited them, milked their goats and cooked for them. One day, after becoming the Caliph, he knocked on the door of one of the houses. A little girl opened the door and said to her mother,
“Mother, it’s the person who milks our goat.”
When she saw Sayidina Abu Bakar, the mother shyly said to her daughter,
“Idiot, why didn’t you say it is the Prophet’s Caliph.”
Sayidina Abu Bakar smiled and said,
“Let it be, it is alright. She has called me by my work for Allah that I love most.”
10. Sayidina Abu Bakar was very bashful when praised or adulated, and he would repeat the following prayer:
“O Allah, make me a better person than what they perceive. And bestow upon me forgiveness for what they do not know. And please do not act upon me as a result of what they say.”

Khamis, 18 Jun 2009

Yang lebih berbaloi


Assalamualaikum semua,harap sihat selalu dalam rahmat ALLAH.Bertemu lagi kita dalam ruangan posting ni lagi untuk kongsi2 cerita & pengalaman yang kita ada ni.Dah lame rasenye x posting sndiri selalu main copy & paste je,so hari ni nak post skit la ape2 yang terlintas kat fikiran dan benak hati ni.

Selepas selesai sesi jaulah tak terancang hari tu,Aku cuba menimbang2 antara 2 tmpat yang aku pegi yg mn lebih berbaloi.Mula2 jaulah ke Makam2 Ahlubait,antra makam yang aku ziarah Makam Saiyyidah Aishah,Sayyidah Nafisah,Sayyidah Ruqoyah,Sayyidah Atiqah,Saydina Ja'far,& Saiyyidah Zainab.Perjalanan ke makam semua tak menggunakan kos yang tggi ,cuma perlukan tenaga yang cukup dan kaki yang kental.

Dan hari yang berikutnya aku pegi ke Pyramid,lain plak ceritanya,selain terpaksa membelanjakan duit yg banyak kami juga kena akal dengan org arab.Semua tu gara2 keinginan nak naik kuda sangat .Tu la yng kena cukup2 ,banyak gak la duit habis mase tu.Aku baru kuar duit seratus kat bank abis kat kuda je.Peniung gak tengok arab ni.Mula2 tak plan pon nak semua naik kuda.Ynag nak naik cuma 2 org je.tapi tibe2 sume kna naik.puas kami mnepis , last2 ade gak sorng mmner aku kate "ala..xpe la sekali2 naik kuda,aku suport skit la.." last2 naik la semua..pastu bukan la niat asal nak masuk kat dalam pyramid tu.Cuma nak jalan kat luar je, sambil ambil2 gambar.Tibe2 kna gak masuk kate ni 1 pakej.last2 bayar gak lagi.nasib baik harge separuh.Pening gak aku yg time tu da kopak bayar duit kuda.nasib bauk ade orang tolong saport.kat dlam tu jalan la naik kuda.Mesti la nak bergambar dalam tu takkan pegi kosong je..alih2 si arab offer diri nak amekkan gambar ,bagi la amek gambar tu.tapi last2 da nak balik dia mntak plak duit upah ambik gambar..aduih pening lak tgok arab camni..puas da kate xde duit ,mntak2 mndesak plak..kopak lagi la duit mmber aku sorng ni.

Fikir2 balik lagi seronok pegi makam x guna byak duit ,berkat pn banyak.Pegi pyramid tmpat orang kna laknat,tempat tu la yg dikomersialkan,padahal bukan ade ape bnde pn kt situ..ade firaun je..kat Mkam lagi bayak berkat2 Rasulullah ,Ahlubait,Sahabat & Ulama'2 kekasih Allah,tak pun orang nak komersialkan.

Nasihat kat semua yang nak pegi pyramid .hati2 lah dgan arab kat situ,semua arab kat situ mata,akal fikiran & hati diorng tu nampak duit kite je.Bukan nak berkhidmat utk kite,Buat kje cincai duit nak lbih.

Tapi yang sebenarnya 2-2 pn berbaloi, ke makam dapat bertawassul & berdoa mintak berkat Ahlubait ,pegi pyramid pn dapat pengalamn yang tak blh dilupakan.Dpat tau perangai arab ni pn satu ilmu gak.pas ni jgan caye sgt dgn die.lagi satu kat pyramid boleh ambik pengajarann dari kaum yang terdahulu yang kna laknat dgan Allah.moga kita tak terjerumus ke lembah kesesatan sepertimana kaum yang telah Tuhan musnahkan terdahulu, sekian.

Ahad, 14 Jun 2009

TUNTUTAN DUA KALIMAT SYAHADAH


TUNTUTAN DUA KALIMAT SYAHADAH

Kalimat Laailahaillallah merupakan tapak asas dalam ajaran Islam. Jika persoalan ini selesai, maka persoalan orang lain akan selesai pula. Kita perkatakan apakah kehendak kalimah ini.

Ucapan Laailahaillallah kalau dilihat di dalam kitab-kitab utama ada menamakan Kalimah Syahadah, Kalimah Tauhid, Kalimah Toyibah ataupun Zikir Utama.

Sebab dipanggil kalimat Laailahaillallah itu karena :

1. Merupakan Kalimah Syahadah atau kalimah peryaksian, yaitu siapa yang mengucapkan Laailahaillallah dia telah mengumumkan dirinya pada orang banyak bahwa dia orang muslim atau Islam.

2. Merupakan Kalimah Tauhid karena dalam kalimah itulah dibahas tentang Ke Esaan Zat Allah SWT.

3. Merupakan Zikir Utama karena dalam ajaran Islam itu ada bentuk zikir yang paling utama ialah kalimah Laailahaillallah. Barangsiapa yang mau masuk Islam harus menempuh pintu gerbangnya dahulu yaitu Laailahaillallah dan tidak sah dengan zikir atau lain-lain perbuatan.

4. Mengucapkan Kalimah Toyibah, kalimah yang baik karena kalau seseorang itu benar-benar mengucapnya dari hati, hati itu teguh dan dapat mencetuskan segala kebaikan kepada Allah SWT. Hati itu akan mendorong seseorang melakukan kebaikan.


Di dalam Al Quran Allah telah bandingkan kalimah Toyyibah ini dengan sebatang pohon yang akar tunjangnya kukuh di bumi membuat pohon itu teguh / kokoh. Ini sebagai isyarat dari Allah terhadap orang yang kuat imannya. Begitulah jika seseorang itu kuat imannya, bila datang ujian sebesar manapun baik ujian itu berbentuk nikmat atau penderitaan, orang begini bila diuji makin bertambah imannya. Diuji dengan nikmat, dia bersyukur kepada Allah. Bila diuji dengan penderitaan dia sabar dan redha. Itulah hasil dari kalimah Laailahaillallah, lahir dari hati seseorang.


Bagaimana dengan hati orang yang tidak dapat merasakan kalimah ini dari hati. Bila diuji dia akan tidak sabar. Kadang-kadang dapat durhaka dengan Allah dan menzalimi orang lain.


Jadi, sebatang pohon yang diibaratkan oleh Allah dengan akar tunjan yang kukuh bahkan batangnya kuat. Begitu juga dengan dahan-dahan, ranting-ranting, daun dan bunga, serta buahnya hingga menawan hati orang lain. Orang akan berteduh di bawahnya dan dapat makan buahnya pula. Ini artinya orang yang mengucap Laailahaillallah itu dari hati, dan jiwa yang sadar dan takut itu hingga dapat membangunkan segala kebaikan. Kebaikan yang dibuat bukan saja dapat manfaat bahkan orang lain juga dapat ikut merasakan. Itulah jalan yang sebaik-baiknya, seperti hadits Rasulullah SAW yang artinya :

“Sebaik-baik manusia itu dapat memberi manfaat kepada manusia lain”

Orang yang mengucapkan kalimah Laailahaillallah itu tidak lahir dari hatinya, maka dia tidak akan mampu mencetuskan kebaikan, bahkan orang lain tidak akan dapat manfaat darinya.

Sebenarnya tuntutan kalimah ini begitu banyak, sebanyak yang diminta oleh ajaran Islam. Sebanyak yang diminta oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Diantaranya :

1. Siapa saja yang mengucapkan dua kalimah Laailahaillallah dari hatinya dia akan dapat membangunkan Al Quran dan Sunnah dari dalam dirinya, keluarganya, masyarakat, negara, dan alam sejagad.

Dalam satu sejarah pernah terjadi, Rasulullah SAW bersabda yang artinya “

“Barangsiapa yang berkata Laailahaillallah akan masuk Syurga”

Mendengar hadits itu Para Sahabat langsung sampaikan kepada Sahabat-Sahabat yang lain. Mereka tidak menunda-nunda untuk menyampaikannya karena mereka teringat hadits Rasulullah yang artinya :

“Sampaikan dariKu walau satu ayat”

Seorang Sahabat bila bertemu dengan Sayidina Umar dia langsung sampaikan hadits ini. Tiba-tiba dia kena tampar oleh Sayidinna Umar. Sahabat tadi agak terperanjat. Setelah mereka berfikir, siapa yang benar, siapa yang salah, akhirnya mereka berjumpa Rasulullah. Kata Rasulullah kedua-dua Sahabat ini betul. Apa buktinya ? Sahabat tadi sampai dia yakin dengan apa yang dikatakan Rasulullah itu benar. Pada Sayidina Umar pula, dia takut Sahabat tadi sampaikan hadits inni pada orang yang jahil, tidak paham tuntutan kalimah itu yang menyebabkan dia tidak buat amal lagi. Sedangkan yang lain asyik dengan zikir Laailahaillallah saja. Sebab itu awal-awal lagi Sayidina Umar tampar Sahabat tadi.

2. Tiada Tuhan yang disembah selain Allah.

Seluruh sikap dan perbuatannya hendak dijadikan ibadah dan dipersembahkan kepada Allah atau dengan kata lain hamba kepada Allah. Bukan saja pada ibadah-ibadah asas, tetapi juga pada ibadah-ibadah sunnat, sunnat muakad, sunat ghairu muakkad dan fadhoilul a’mal atau amalan utama. Bahkan perkara harus juga hendak dijadikan sebagai ibadah kepada Allah.

Ia tidak akan menjadi ibadah kalau tidak menempuh 5 syarat :

· Niat harus betul

· Pekerjaan yang dilakukan sah menurut syariat

· Pelaksanaan harus betul

· Hasilnya disalurkan ke tempat yang benar

· Jangan meninggalkan perkara yang asas

3. Tiada yang ditakutkan melainkan Allah.

Siapa yang mengucapkannya tiada lain yang dia takut melainkan Allah. Menurut keyakinan orang mukmin, yang memberi bekas adalah Allah. selainNya tidak, walau sebesar mapa sekalipun kuasanya. Firman Allah SWT yang artinya :

“Jangan kamu takut cercaan orang yang mencerca”

[Q.S. Al Maidah : 54]

Benarkah kita meletakkan Allah yang kita takut, selainNya tidak ? Kalau kita nilai sikap kita ini, banyak yang kita takut selain dari Allah. Contoh, kalau kita sedang bekerja, tiba-tiba datang dua perintah :

Perintah tuan

Perintah Tuhan

Bila masuk waktu shalat, manakah yang hendak kita dahulukan, selesaikan kerja atau shalat ???

4. Tiada yang dicinta melainkan Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang artinya :

Tidak beriman seorang kamu sehingga dia menjadikan Allah dan RasulNya paling dicintai dibandingkan selain daripadanya”

Jadi, Allah dan Rasul saja yang dia cinta. Kalaupun dia cinta keluarga, anak, isteri, harta dan sebagainya tidak sampai mengatasi cintanya kepada Allah dan Rasul. Sejauh manakah cinta kita kepada Allah selama ini ? Bagaimana kalau tengah kita tidur di waktu malam, tiba-tiba ayam yang kita sayang dicuri orang ? Berbanding dengan sengaja hendak bangun tahajud di tengah malam karena tanda cinta kita kepada Allah.

5. Tiada yang dia redho melainkan Allah. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW :

“Aku redho Allah sebagai Tuhan”

Allah saja yang dia redho sebagai Tuhan.

Apa tanda kita redho Allah sebagai Tuhan ??? Kalau sekedar mengaku di mulut saja kita ini redha Allah sebagai Tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Orang kafir pun mengaku juga Allah sebagai Tuhan, tetapi mereka tidak redho Allah itu sebagai Tuhan. Firman Allah SWT yang artinya :

“Sesungguhnya jika kamu (Muhammad) tanya kepada orang kafir itu, siapa yang menjadikan langit dan bumi, niscaya mereka menjawab “Allah”.

Orang yang redho dengan Allah, walau apa Allah buat padanya, dia tetap mengaku Allah itu sebagai Tuhan walau apa yang dihajatinya tidak dapat.

6. Tiada tempat yang dia tawakal kecuali Allah. Allah lah tenpat dia menyerah diri, sesuai dengan ucapat Rasulullah SAW yang artinya :

“Kepada Engkau kami bertawakal”

Tawakal itu ada 4 :

· Tawakal pada diri

· Tawakal pada harta

· Tawakal pada orang

· Tawakal pada Allah

· Tawakal pada diri

Kita yakin kepada diri dapat berusaha untuk beri rezeki sebab badan masih kuat. Dia lupa Allah yang memberi kuasa, Allah yang memberi rezeki.

· Tawakal pada harta

Dia tidak bimbang karena sudah ada rumah sewa lima buahl. Dia tidak bimbang dengan rezeki. Hatinya yakin pada harta, bukan pada Allah. Inilah yang dikatakan Syirik Kahfi.

· Tawakal pada orang

Dia yakin selagi orang itu beri bantuan padanya, dia tidak bimbang dengan rezeki. Sudah ada jaminan hidup diri dan keluarga.

· Tawakal kepada Allah

Dia tidak peduli orang bantu atau tidak, ada kerja atau tidak, dia tetap bertawakal pada Allah, bersandar pada Allah, menyerah diri pada Allah. Dia yakinn Allah saja yang memberi bekas. Inilah tawakal orang mukmin sejati.

7. Tidak ada hukuman kecuali Allah. Tidak ada undang-undang kecuali undang-undang Allah. Dia akan terima hukuman, undang-undang dari Allah saja untuk dirinya, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagad.

Jadi siapa saja yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah, baik dirinya, keluarganya, masyarakatnya, ekonomi, negara dan alam sejagad dan lain-lain. Coba kita lihat firman Allah yang artinya :

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia akan jatuh kafir”.

[ Q.S. Al Maidah : 44 ]

Firman Allah yang lain :

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah dia akan jatuh zalim”.

[ Q.S. Al Maidah : 45 ]

Firman Allah yang lain :

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah dia akan jatuh fasik”.

[ Q.S. Al Maidah : 47 ]

Itu merupakan sebagian kecil saja tuntutan kalimah. Sebenarnya ada banya, sebanyak yang diminta ajaran Islam.

Jadi barangsiapa yang mengucapkan Laailahaillallah, jika kita melaksanakan tuntutannya berarti kita telah melakukan “Amru bil Ma’ruf wanahyu Anil Munkar”, mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari yang mungkar. Berjuang dan berjihad menegakkan Al Quran dan Sunnah dalam diri, keluarga, masyarakat, seterusnya negara dan alam sejagad.

Khamis, 11 Jun 2009

Muar & asam pedas



Asam pedas tarikan pelanggan

MUAR: Asam pedas dan roti canai menjadi menu utama yang menarik kunjungan pelanggan ketika menjamu selera di Restoran Rambo Selera, Taman Marin, Jalan Sungai Abong di sini.
Selain itu, konsep mesra, bersih dan enak diamalkan pekerja serta pengurusan menjadikan restoran itu kawasan tumpuan pelanggan pelbagai kaum.

Pengurus restoran, Laila Mohd Chan, 54, berkata masakan asam pedas adalah hidangan tradisional yang digemari masyarakat Melayu Muar sejak zaman-berzaman dan hidangan itu berjaya menarik pelanggan untuk datang menjamu selera di restorannya.

Menurutnya, roti canai pula makanan kegemaran masyarakat semua golongan sama ada Cina, India selain Melayu termasuk pekerja warga asing yang bekerja di bandar ini.

sumber:http://www.hmetro.com.my/

Sape pnah gi Muar makan asam pedas turun tangan...sedap x? pergh msti la sedap tengok la org mane yang masak kalau bukan orang Muar..hehehehe.ihikhik.kalau sesape yg nak gi Muar makan asam pedas meh la kontek aku.aku leh bawak tempat yg paling special kt banda Muar nnti..

Rabu, 10 Jun 2009

Doa penulis@blogger

Tuhan, jagalah hatiku
Agar aku tidak riak dengan tulisanku
Biasanya menulis ini riak payah dielak
Sesetengah orang itulah yang dicari
Jadikanlah bidangku ini ibadah kepadaMu
Jauhkanlah hatiku ini dari mencari nama dan glamour

Apalah ertinya nama dan glamour jika Engkau murka
Apatah lagi di Akhirat sana, menyesal tidak berguna
Ikhlaskanlah hatiku Ya Allah, agar kerjaku ini jadi ibadah

Ya Allah, jadikanlah aku menulis
Sebagai salah satu bidang dakwah
Mengajak manusia membesarkan dan mencintaiMu
Aku berlindung denganMu
Agar tidak mengajak manusia memuja diriku
Aku tidak mahu semuanya itu Ya Tuhanku
RedhaMu itulah yang aku mahu

Tuhan, jadikanlah nasihat yang aku beri
Melalui tulisan ini untuk aku dahulu
Kemudian para pembaca yang membaca tulisanku ini
Aku berlindung denganMu
Daripada mendapat komersial dan nama

Tuhan, jagalah hatiku selalu
Biarlah aku menulis keranaMu
KeredhaanMu amat penting bagiku
Apalah ertinya pujian manusia terhadapku
Di Akhirat, aku dihukum dengan neraka
Ampunkanlah aku

(Adaptasi dari sajak Mursyid bertajuk : “Doa untuk Penyanyi”)

Dari group GISB,hayatilah & moga dapat amalkan doa ini sebelum kita mula menulis..

Membesar dengan selamat


Apa yang berlaku menjelang 10 haribulan jun ni?Sebelum menyambut hari yang aku tunggu2 ni,sempat gak aku ziarah kawan kat Tanta .Alhamdulillah aku dapat rasa seronok berjalan kat tanta sebab satunya aku dapat ziarah makam Saiyidi Sheikh Ahmad Badawi ,ahli bait tersohor di Mesir ini ,dia juga antara ulama & ahli sufi yang banyak karomahnya.Ini baru kali kedua aku menziarahi makamnya,kali pertama aku pergi bersama rombongan Ustaz Ja'afar ,tetapi waktu itu keadaan tak berapa tenang untuk ziarah kerana diasak oleh waktu kerana terkejar2 nak ke Mansourah dan dalam waktu solat Jumaat.Dan ziarah kali kedua ini baru lah aku dapat melihat dengan puas makam Said Ahmad Badawi.Di hari yang sama gak dapat jalan2 dengan Amar di bandar Tanta.Jalan2 sampai lenguh kaki.

Destenasi seterusnya Zakzik.Aku dan Amar sampai di Zakzik pada pukul 7.30 malam.Esok kitorang plan nak jalan bandar Zakzik .Esok Halim bawak kitorang makan kat 'KFC halal'.'KFC halal'??Selama ni KFC tak halal ke??ye.. tapi itulah istilah yang digunakan oleh saudara Halim.Rupanya bile pegi kat situ bukan KFC betul pon.Nama restoran tu 'Rock Chiken' yang meniru betul konsep & ciri2 KFC .Dari segi hidangannya & warna kedainya memang mirip sama .Cuma KFC tu muqoto'ah(boikot) tu yang disebut KFC tak halal,'Rock Chiken' ini sebagai alternatif la utk makanan boikot tu atau KCF halal.Petang tu aku bertolak pulang ke Kaherah bersendirian.

Dan hari ni 10 Jun 2009 aku sambut hari lahir ku sendirian..takde ape2 majlis,xde ape2 jamuan,belum dapat ape2 hadiah & ucapan ,yang ada cuma harapan2 yang positif buat diriku sendiri.Moga aku hidup dalam Rahmat dan kasih sayang Allah,dan harapan aku hidup tak menyusahkan orang lain.Dan dapat capai cita2 yang diharapkan.Insyaallah..Selamat hari lahir buat diri sendiri,selamat membesar dengan selamat.Amin...

Sabtu, 6 Jun 2009

Ayah dan Ibu yang tiada pengganti

Biasa kita dengar orang kata,"duit kalau hilang boleh cari,tapi ibu dan ayah mana nak cari".Inilah anugerah yang Allah berikan lagi pada kita,masih diberi orang yang mengasihi kita .Sungguh jasa mereka tidak dapat dibalas dengan wang ringgit,kerana jasa mereka sangat besar pada kita.Hanya kejayaan kita yang mereka pinta,jangan sampai kita menyusahkan mereka,jangan sampai menderhaka pada mereka.hilanglah keberkatan kalau berlaku demikian.

Khamis, 4 Jun 2009

"Aku terpesona dengan matamu yang cantik.."

Dalam kitab Jawahirul Bukhari mengisahkan Hasan Basri ketika mudanya adalah seorang yang sangat tampan. Dia sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar kota Basrah.

Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan, dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan sangat menarik perhatiannya. Hasan Basri pun mengekori gadis tersebut.

Apabila wanita itu merasa ada orang mengikutinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang sedang mengikutinya.

Wanita itu lalu bertanya, “Wahai orang muda, adakah kamu tidak malu?”

Hasan Basri pun berkata, “Pada siapa harus aku malu?”

Wanita itu lalu berkata, “Malulah kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati.”

Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya. Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, dia tetap mengikuti wanita itu dari belakang.

Apabila wanita itu melihat Hasan Basri terus mengikutinya, dia pun berkata, “Mengapa kamu terus mengikutiku?”

Hasan Basri berkata, “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu.”

Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata Hasan Basri, dia pun berkata, “Baiklah, oleh

kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini,. Sebentar lagi akan aku berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki.”

Setelah berkata begitu, wanita itu pun pergi. Dalam hati Hasan Basri berkata, “Nampaknya dia telah menerima cintaku.”

Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.

Tidak berapa lama kemudian, datanglah seorang pembantu menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Hasan Basri lantas membuka kotak tersebut dan dia sungguh terperanjat apabila melihat dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata.

“Tuan puteriku berkata, dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu.”

Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut, maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya. Dia pun memegang jantungnya, dan berkata kepada dirinya sendiri, “Celaka betul kamu ini, sudahlah berjanggut akan tetapi masih tidak ada rasa malu.”

Setelah Hasan Basri menyedari kesalahannya itu, maka dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman kerana menyesali segala perbuatannya itu. Pada keesokan harinya Hasan Basri pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya wanita itu memaafkan kesalahan yang telah dilakukan.

Begitu saja dia menghampiri rumah wanita tersebut, dia terdengar suara tangisan kaum wanita. Hasan Basri pun bertanya kepada mereka dan dia diberitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya, dia pun kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari tiga malam. Dia benar-benar menyesal akan kesalahannya serta bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi menjadi lelaki yang tidak sopan.

Pada malam yang ketiga, Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut. Wanita itu telah ditempatkan ke dalam Syurga.

Hasan Basri lalu berkata,”Wahai wanita yang cantik jelita, halalkanlah kesalahanku terhadapmu.”

Wanita itu berkata, “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapatkan kebaikan yang banyak dari Allah SWT disebabkan kamu.”

Hasan Basri berkata lagi, “Berilah kepadaku satu nasihat yang baik.”

"Dengarlah nasihatku ini! Apabila kamu dalam keadaan sendirian, hendaklah kamu berzikir kepada Allah SWT setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohon ampun kepada Allah SWT dan bertaubatlah kepada- Nya.”

Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang dinasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah SWT dan dia memperoleh darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah SWT serta menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkan menjadi bahan fitnah. Tetapi hari ini wanita berlumba-lumba menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Apabila seseorang itu memandang seseorang dengan penuh rasa ghairah, maka sesungguhnya pandangan itu disertai syaitan. Tidak akan rugi bagi seorang wanita jika dia menutup auratnya, melainkan dia akan mendapat pahala di sisi Allah SWT, insyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah.

Selasa, 2 Jun 2009

Barack Melawat Mubarack


Dalam berita Masry el-Youm memberitahu Obama hendak membuat sesi lawatan kerjanya ke Mesir, dijangka tiba di Kaherah pada pagi 4 Jun. Dia akan berjumpa dengan Husni mubarak di Istana Abdeen pada jam 11 pagi, kemudian pada jam 12.53 tengahari, Obama akan menyampaikan ucapan di Cairo University.

Obama juga akan berkunjung ke Kedutaan Amerika di Kaherah dan akan terbang ke Jerman pada jam 6 petang.

Macam biasa la. Dah bapak nak datang, bersiap siaga lah Kaherah dengan cantik-cantik. Jalan lopak ditampung. Jalan tak berline dicatkan. Dan macam-macam lagi. Kalau Obama tak datang tak tahu la bila jalan-jalan raya nak cantik.

Meset memang macam tu perangainya. Kena ada sempena baru nak berubah. Bukan nak berubah dengan sendiri. Serupa macam orangnya jugak. Serupa jugak orang yang mengaji di negara ni.

Macam sebelum ni, Mesir nak dicalonkan untuk pengajuran Piala Dunia 2010. Macam-macam projek la mereka ni buat. Last-last tak ada orang undi. Ha3, terbengkalai lah..

Oh, siapa-siapa yang nak tengok Obama, datang lah ke Cairo University 4 Jun ini, 12 tengahari. Berhati-hati, banyak FRU dan polis. Jalan raya jugak banyak ditutup jadi jammed habis la jalan hari tu. Alternatif, naik Metro (LRT).

Selamat datang Obama, Husni Mubarak merindui mu…

Info dari blog Ust Muhammad Shahrul Nizam bin Aris

Isnin, 1 Jun 2009

Hubungan dalam hubungan

Sedih bila merasa diri belum cukup untuk menghiburkan orang lain.Kalau setakat itu mungkin belum cukup terasa lagi,tapi ini sudah mula menyakiti hati kawan.Inilah yang menjadi serba salah.Walaupun diri tahu mana salahnya,bukan dari dia,tapi dari diri.Kerana diri belum mampu lagi menghubungkan hati secara terus dengan Allah,justeru hati ini mula gersang dengan tipu helah sendiri.Maafkanku kawan ,tidak dapat melayan kamu dengan sempurna.Kasarnya dirku hakikatnya jiwaku begitu juga.

Sepatutnya Muryid itulah penghubung kita kepada yang sepatutnya,namun diri masih banyak alasannya,bukan maksud ingin kufur,cuma masih keliru dalam rosaknya.Mana boleh diri hanya berdiam,perlulah mulakan semula perhubungan yang sepatutnya.Namun diri banyak helahnya,kadang rasa ditipu dengan sakitnya.

Hati mengharap diri kembali,kembali kepada fitrah semula jadinya.Iaitu diri sentiasa merasakan hamba setiap detik dan waktu disamping merasa diawasi,dipandang,dipantau oleh Allah SWT.Namun apalah kemampuan diri ini sedang hakikatnya fitrah semula jadi itu takdir kepunyaanNya.Tapi diri masih yakin pada Allah ,bukanlah ini erti kezalimanNya.Hakikatnya inilah didikanNya .Hati diri ini sentiasa memujuk dengan berkat dan karamahnya janganlah sampai salah tafsir pada hakikat Tuhan,fahamilah segala perbuatan Tuhan ke atas diri ini.

Harapan hati ini moga nanti dapatlah diri kembali menghubungi murshidnya sekaligus menghubungkan hati diri dengan Allah SWT.Moga dengan itu tersebarlah kasih sayang diri yang hakikatnya kasih sayang Allah pada semua umat manusia.

Putih yang menyakitkan...

Datangnya engkau tanpaku duga
Disangka permata putih rupanya buaya menerkam jiwa
Diwaktu-waktu datang bagaikan sang kerengga menjamah badan
Asyik mendengus sahaja bunyinya
walaupun tahu itu bukan ubatnya
Apalagi yang bolehku buat dengannya
Selain meratap kesedihan sakit dengannya

Aduh!!..aduh!!..peritnya!!...peritnya!!
Bunyi itulah yang didengarnya
walau pedih di tempatnya
Tulisan ini ku hambar buat merana
Dalam keadaan hati memujuk jiwa
Inilah ujian buatmu wahai hamba
Ini mungkin dosaku padaNya
Mulut yang tanpa titk dan noktah
berdosa juga padanya

Dipulangkan dosa dengan sakit terasa
Penghapusan dosa memang perit hendaknya
Tapi bila dikira ganjar pulangnya
Perit umpama madu rasanya
Madu dirasa untuk ubat semula jadinya

Ulser 3 tempat
1 Jun 2009 ,12.27 am

Khamis, 28 Mei 2009

Menilai kejujuran


Teringat aku dengan kata seorang tenaga pengajar di sekolah memandu ."Manusia itu akan jujur dengan apa yang dia mahukan".Walaupun kata-kata tersebut disampaikan di kelas teori memandu dan khusus untuk pengambil-pengambil lesen baru tapi ada banyak maksud yang saya terfikir dari kata-kata tersebut.Memang kita manusia kalau dengan apa yang kita mahukan kita akan berlaku jujur.Contohnya waktu ambik lesen kenderaan,semua kelihatan patuh pada arahan ,ikut je apa yang tenaga pengajar suruh,patuh aje undang-undang jalan.Tapi bila dah dapat lesen ,bukan setakat undang-undang ,polis trafik pon dilanggarnya,sebab kita jujur dengan apa yang kita hendakkan.

Sebagai contoh lagi,kalau kita ada apa-apa nak mintak pada mak atau ayah kita,waktu tu mak & ayah kasik je la ape syarat2nya,apa yang mak & ayah mintak tolong semua beres,dalam hati berkobar-kobar,mintak-mintak maka kasik la kat kita.Tapi bila da dapat atau tak nak mintak apa-apa.Mak suruk gi kedai depan rumah pun macam terasa jauh nak pegi,mintak tolong sikit,nantilah..penat lah..sakit perut la..macam-macam alasan yang diberikan,sebab kita jujur dengan apa yang kita hendakkan.

Waktu bercinta pulak lain ceritanya.Sanggup meredah onak duri lautan api,sanggup sehidup semati,you jump i jump,aih macam-macam istilah la dengar dari orang bercinta ni.Sebab waktu tu tengah gila meroyan.Kalau kekasih suruh ,semua buat.Tapi bila dah lepas kawen,dah dapat apa yang dia nak,mulalah hal kecik jadi besar,hal yang besar bertambah diperbesar-besarkan.Akhirnya bercerai-berai,masuk court cakap itu tak betul,ini tak betul,dulu time bercinta bukan main gayanya ,sebab kita jujur dengan apa yang kita hendakkan.

Macam tu lah kita kadang-kadang dengan Tuhan,waktu kita berhajat denganNya,memang apa suruhannya kita buat & larangannya kita tinggalkan,Terutama yang dapat kita lihat time nak exam lah,ramai yang jadi wali,beramal sungguh2,qiamullail,tahajud malam,mintak maaf dengan kawan-kawan, walaupun memang lah disuruh berbuat begitu,tapi yang masalahnya,time da abis musim exam,jangan kata qiamullail tahajud malam,Subuh pun kadang-kadang subuh gajah,terlajak sampai pukul 8 pagi.Camtulah sikap kita dengan Allah ,kita perlukan Allah bermusim,ada waktu2 tertentu kita perlukannya kita bersunnguh denganNya tapi bila tidak berhajat denganNya kita biarkan,kita lengah-lengah,dan tak ambil peduli denganNya.Sebab kita jujur dengan apa yang kita hendakkan.

Orang yang jujur,dapat melaksanakan sesuatu tanpa dipaksa dan kadang-kadang tanpa disuruh,orang yang jujur juga dapat menanamkan dalam hatinya segala tidak tanduknya,amal perbuatannya hanyalah kerana Allah ,bukan kerana nikmat-nikmat yang Allah hendak berikan kepada hamba2Nya.Namun hati yang jujur itu payah dicari & dimiliki ,hanya orang yang berusaha menuju ke arah itu dan bertawakkal sahaja yang Allah akan kurniakan padanya,sekian .

RENUNGAN UNTUK MANUSIA YANG MENGAGUNGKAN LOGIKA




ANTARA LOGIK DAN BENAR

Tidak semua perkara yang benar itu logik
Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:
OK: "Kenapa kamu wudhuk?
OM: "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK: " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM: "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK: " Apa buktinya?
OM: Yuk ikut aku
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.
OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan... .

Tidak semua perkara yang logik itu benar
Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)
OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...
OK: Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak
OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK
Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM
Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR
Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.


Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, filosof dan yang sejenis dengannya
Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, dll yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?

#ulasan saya#Artikel ini saya dapat dari sebuah webgroup.Baru kita tersedar selama ini kita sudah tertipu dengan suasana.Sedang manusia sibuk memperkuatkan akal fikiran ,tapi hati nurani tidak disiram dengan iman dan taqwa,rupa-rupanya akal fikiran itu banyak yang menipu kita.Namun bagaimanapun bukanlah menafikan langsung penggunaan akal,cuma jangan sekadar menggunakan akal semata,tapi suluhlah juga dengan cahaya iman dan taqwa ,barulah ia selaras dengan syariat Tuhan itu.Rupa-rupanya memnag orang yang beriman lah orang yang paling cerdik di sisi Tuhan ,hasil hubungannya kuat dengan Tuhan ,Tuhan akan pelihara dirinya dari kesesatan dunia dan akhirat.

Selasa, 26 Mei 2009

Pancar lakaran??ape tu??

Ape punye tajuk la yang aku gembar-gemburkan ni.Dengar sekali cam laskar pelangi,eih..mentang2 baru abis tengok cite tu da nak letak nama yang mirip2 camtu..tapi xde la camtu sebenarnye..memang cite laskar pelangi ni membuatkan saya dapat sedikit inspirasi untuk capai sesuatu.Jadi mungkin kerana inspirasi dari cerita tu muncul la pancar lakaran ,macam kelakar gak bunyi dia ,tapi saya ada definasi tersendiri dari apa yang saya keluarkan ini,cuma bukan la yang paling tepat ,kalau nak tepat lagi jmpe la ahli2 bahasa kan cam A.Samad Said ke.Saya cuma nak bgtau tau yang subjektif je tentang tajuk yang saya gembar-gemburkan ini.

Oleh kerana jiwa saya ni,jiwa animated,jadi memang maksud saya menjurus ke arah tu.Kalau ada yang rasa-rasa nak bagi pendapat dari sudut lain ,sila labagi pendapat anda.Ok kalau secara rambang pancar lakaran ni maksudnya memancarkan sesuatu pada lakaran, dari segi rambang pun da faham sebenarnya maksud dia,cuma yang tersiratnya,rasanya saya sorang je yang faham,yang saya cuba nak terangkan ni cuma apa yang terfikir di benak kepla saya je jadi pandai-pandai la anda hendak mendefinasikannya sendiri.Apa yang memancar itulah cahaya,cahaya yang saya maksudkan itu adalah inspirasi ataupun idea,sebab pada saya idea tu sgt susah nak dapat ,tapi kalau da dapat ,waktu bile pun kita tak boleh tolak.Dari inspirasi tu la lahirnya lakaran,lakaran-lakaran tu la sebenarnya watak-watak kartun saya. Jadi inilah definasi yang boleh saya terangkan kat sini,walaupun sebenarnya saya ni bukan lah pelukis kartun hebat sangat ,cuma lukis2 sendiri pastu ada 2,3 cerita yang saya da buat akan terbit utk majalah plajar johor kt Mesir ni ,Tapi insyaallah saya akan cuba berusaha ke arah tu.

Untuk memartabatkan lagi agama Islam ini,saya kira memang perlunya kita wujudkan satu medium dakwah menggunakan kartun ini,sebab ia lebih dekat dengan kanak-kanak dan remaja.Dulu pernah satu ketika satu majalah yang cukup popular di kalangan masyarakat Islam tajuk majalah tu 'Majalah OK' .Majalah yang pada saya cukup berkesan,cukup senang diterima oleh hati-hati manusia yang selalu tak ingat Tuhan ni ,insyaallah kita akan rasa sentapan rohaniah tu ,betul-betul membawa kita kepada Tuhan.Tapi malngnya waktu itu ada pulak pihak yang hasad dengki,Dia ada aoutority boleh bertindak pula mgharamkan majalah tersebut,Dengan alasan ada kaitan dengan Al-arqam,pelik juga saya dengar asal ada kaitan dengan Arqam aje mesti kna banned walaupun bnda tu baik .Tak tau la nak komen camne..tapi hasilnya ada pihak-pihak yang sedar pentingnya dakwah lalu dibuatlah majalah berunsurkan dakwah juga,Majalah Lanun.

Tapi sejak akhir-akhir ni Majalah-majalah kartun berunsurkan dakwah dah berkurangan,yang banyak,kartun2 yang buatkan kita bergelak ketawa,pengisian rohani kurang.Sebab tu saya terpanggil untuk menghidupkannya semula, cuma blum masanya lagi,kalau diizinkan memang hendak cari sebanyak-banyak pngalaman dalam bidang ni.Tapi insyaallah satu hari nanti berpandukan Murshid saya akan laksanakn jua .Amin ya Rabal alamin

Berubah lagi...!!

Salam semua moga sihat dalam rahmat Allah .Berubah lagi wajah blog ni tak pernah tetap lagi,memang macam org yang buat blog ni belum pernah nak tetapkan pendirian...Kenapa saya rasa patut ubah lagi blog ini..? satunya sebab memang saya suka berubah,kadang-kadang last minit pun saya boleh ubah keputusan saya,mungkin ini lah tabiat saya yang susah nak buang,Keduanya memang bagus pun kita upgrade skit ape2 yang ada kat blog ini ,tak lah kalau buka blog tu boring.Mesti nak ada sesuatu yang kita boleh bukak blog sendiri,kalau tengok blog orang lain yang smart2 tu jeles la plak kan.Baik upgrade sendiri blog kite.Tapi ape2 yang penting isi dalam blog tu ,kalau lawa camne pun kalau xde input ,tak guna gak..macam kita sibuk hias luar rumah ,tapi dalam rumah berserabut.Kan masih belum sempurna macam tu.Jadi dalam saya menghias luar blog ini,saya harap dapat memberikan input2 yang berguna ,terutama untuk diri saya sendiri.Kalau la ada org yang sudi nak baca ,Alhamdulillah la...tapi setakat ni cam xde org masuk blog saye je...takpe la...lom ade rezeki agaknye..

Mungkin saya kena baiki lagi segala apa yang saya dah buat,ye la blog saya ni kadang2 merapu gak..sebab banyak cerita syok sendiri..segan lak kat kawan2 lain dapat jadikan blog diorng tu satu bahan bacaan yang bermanfaat ,tapi blog saya sendiri tak dapat buat cam diorang.Tapi insyaallah saya akan berusaha ke arah tu.Harapnya memang saya dapat jaga blog ni sampai bile2.Sebab ni je la wadah kita nak luahkan rasa hati,nak kongsi pendapat,nak beri pendapat.Jadi memang perlu la saya buat satu transformasi dalam blog saya,supaya kalau ada la orang masuk blog saya ni,kalau pun tak baca ape2 pun ,insyaallah dapat manfaatnya...ok sekian sahaja utk kali ni

Ahad, 17 Mei 2009

Kaifiyat Sujud Syukur

Berikut adalah diterangkan secara ringkas kaifiyat sujud syukur. Untuk pengetahuan, kaifiyat sujud syukur adalah sama dengan kaifiyat sujud tilawah di luar sembahyang. Makanya dibentangkan di sini kaifiyat sujud syukur dengan merujuk kepada kaifiyat sujud tilawah di dalam kitab At-Tibyan Fi Hamalatil Quran, karangan Imam Nawawi.

Hukum Sujud syukur sama dengan hukum sembahyang sunat dalam pensyaratan suci dari hadas dan najis, menghadap kiblat dan menutup aurat. Maka haram Sujud syukur pada orang yang di badan atau bajunya terdapat najis yang tidak dapat dimaafkan. Dan haram atas orang yang berhadas, kecuali jika dia bertayamum di suatu tempat yang diharuskan bertayamum. Diharamkan pula menghadap selain kiblat, kecuali dalam perjalanan di mana boleh menghadap selain kiblat dalam sembahyang nafilah. Semua ini dipersetujui oleh para ulamak.

Apabila hendak sujud, niatkan sujud syukur dan melakukan takbiratul ihram dan mengangkat kedua tangan sejajar dengan kedua bahunya sebagaimana dia melakukan takbiratul ihram untuk sembahyang. Kemudian dia takbir lagi untuk sujud syukur tanpa mengangkat tangan. Takbir yang kedua ini dianjurkan, bukan syarat, seperti takbir hendak sujud di dalam sembahyang.

Sementara takbir yang pertama, iaitu takbiratul ihram, maka ada tiga pendapat. Pendapat pertama, takbir yang pertama (takbiratul ihram) merupakan rukun dan tidak sah sujud syukur kecuali dengannya. Pendapat kedua adalah ianya tidak wajib, hanya dianjurkan. Sekiranya takbir itu ditinggalkan sujudnya tetap sah. Ia adalah pendapat Al-Juwaini. Pendapat ketiga mengatakan, ianya tidak dianjurkan.

Kemudian, jika orang yang ingin sujud itu dalam keadaan berdiri, dia pun mengucapkan takbiratul ihram, kemudian takbir untuk sujud ketika merebahkan diri ke tempat sujud.

Kemudian ketika sujud dia mesti memperhatikan adab-adab sujud sama seperti sujud di dalam sembahyang Sementara tasbih di dalam sujud, hendaklah bertasbih seperti bertasbih dalam sujud sembahyang iaitu diucapkannya di dalam arabnya “Subhana Rabbiyal A’la wabihamdih” sebanyak tiga kali.

Ada ucapan tambahan dalam bahasa arabnya: “Allahumma laka sajadtu, wabika amantu walaka aslamtu sajada wajhiyalillazi halaqohu wasowwarahu wasyakkahu sama’hu wabasorahu bihaulihi waquwwatihi tabarakallahu ahsanul hooliqiin.” (Dapatkan teks dalam bahasa arabnya)

Juga dengan ucapan tambahan di dalam arabnya: “Subbuhun quddusan rabbuna warabbul malaikatu warruh.”

Berkata Imam Nawawi: “Maka disunahkan menggabungkan antara dzikir-dzikir ini seluruhnya dan berdoa berkenaan dengan urusan-urusan akhirat dan dunia yang diinginkannya. Jika dia batasi pada sebagiannya, sudah cukup bacaan tasbihnya. Sekiranya tidak bertasbih dengan sesuatu apa pun, tercapailah sujudnya seperti halnya sujud dalam sembahyang. Kemudian ketika selesai dari bertasbih dan berdoa, dia angkat kepalanya sambil bertakbir.”

Apakah sujud syukur memerlukan salam? Terdapat dua pendapat. Pendapat pertama ialah ia memerlukan salam kerana memerlukan takbiratul ihram dan menjadi seperti sembahyang jenazah. Pendapat kedua mengatakan, tidak memerlukan salam kerana hal itu tidak dinukil dari pada Nabi saw.

Sabtu, 16 Mei 2009

MUSIK+KARTUN=inspirasi

Baru beberapa minit tadi aku baru siapkan sedikit kartun untuk majalah pelajar,Sambil2 tu dengar lagu sekali.Aku nak kongsi sikit apa yang aku rasa beberapa minit ini.Setelah setle buat kartun aku macam ada rasa semangat pulak nak teruskan hidup ini.Macam rasa kewarna-warnian dalam hidup ini,Syukur alhamdulillah perassan in hakikatnya Tuhan yang beri,Tuhanlah yang menghiburkan hatiku ini.Sebelum ini aku rasa macam tertekan sangat dengan beberapa perkara tentang hidupku ini,tapi hari ini Tuhan hiburkan aku,baiknya Tuhan kita .Kelegaan yang aku alami ini memang lama aku nantikan.Aku rasa seronok bila aku boleh buat apa yang aku rasa patut aku buat ,sesuai dengan kemampuanku,ditambah apa yang kita buat ini bakal dikongsi dengan orang,itu satu kepuasan bagiku.

Hiburan memang tidak boleh dipisahkan dari manusia,tanpa hiburan sunyilah dunia ini.Tapi sebaik-baik hiburan itu adalah yang boleh memngingatkan kita kepada Tuhan dan hari Akhirat .Aku juga memang tidak boleh pisah dari hiburan khususnya musik.Aku ambil musik ini sebagai satu inspirasi untuk aku hasilkan sesuatu.Mungkin ramai tak faham apa yang aku buat.Sebenarnya dalam proses mengenali baik & buruk diriku ini aku pernah cuba macam-macam bidang tetapi hanya satu bidang ini yang aku rasa boleh bertahan.Itulah bidang lukis kartun.Cuma aku perlukan sokongan dari beberapa pihak untuk aku boleh pergi jauh.setakat ni agaknya baru setapak kot langkah ke ke alam kartun ni.belum boleh dibanggakan lagi.Cuma apa yang aku nak kongsi dalam blog aku ni,macammana musik & kartun ni boleh menghasilkan inspirasi ?

Mungkin orang yang terlibat lebih mudah mentafsirkannya.Bila aku dengar lagu sambil lukis kartun ni ,seolah-olah aku dibawa ke dalam dunia khayalan ,fikiran aku mengimaginasikan sesuatu dan aku tafsirkan apa yang ada dalam fikiranku pada lukisanku,bila terlakar sesuatu yang menarik pada pandanagku,aku rasa puas sangat..itulah perassan yang aku nak ceritakan.

Namun pada hakikatnya aku tahu hakikatnya kalau kita lupakan Tuhan seketika pun sebenarnya kita jatuh dosa kecil.Memang banyak la dosaku ini..tapi aku perlukan musik dan kartun ini untuk dapat inspirasi hidup.Aku harap apa yang aku khayalkan ini tidaklah melarat

Khamis, 30 April 2009

1 soalan 10 jawapan

Sepuluh orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali k.w.j secara bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza-beza.

Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"
" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali.
" Apakah alasan tuan berkata dernikian?"

Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."

Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "
Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya."
Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab: "Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "

Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. "
Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.
Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian."
Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."

Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan."
Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."

Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina Ali tetap mangatakan ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Akhirnya sepuluh orang pembesar Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya. Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.
Kata Sayidina Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama, aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku."

Jumaat, 24 April 2009

IMTIHAN:ujian & harapan

Bermula lagi episod perjuangan yang belum selesai yang patut kita harungi dalam alam belajar ini.Perjuangan dalam menimba ilmu ,perjuangan harus menempuh ujian.Dalam imtihan inilah ujian kita.Untuk menguji lagi kekuatan mental kita,sama ada IQ kita pada tahap abqori,cerdik,pintar,pandai,pandai biasa,lemah,bodoh,atau lembab.Kerana itulah ujian peperiksaan ini dilakukan .Untuk melihat sejauh mana akal kita berfungsi,kerana makanan bagi akal kita adalah ilmu,kalau akal kita ini dibiarkan tanpa makanan ilmu,ia akan jadi lemah hendak berfikir,atau jadi malas hendak berkir,bila keadaan ini berlaku,kita akan jadi lambat bertindak,sekaligus menjadikan diri kita lembab,jumud dan lain-lain.

Namun dalam kita berhadapan dengan proses meningkatkan daya akal kita,perlu juga diigatkan ,ada satu lagi unsur dalam diri kita yang tidak boleh kita biarkan tanpa makanan.Unsur yang dimaksudkan itu adalah roh kita,atau jiwa kita.Dalam kita sibuk menghidangkan makanan ilmu untu akal,perlu juga kita menyediakan santapan untuk rohani kita.Apa pula makanan bagi rohani kita? Makanan bagi rohani kita adalah berzikir mengingati Allah dalam hati,lidah dan pada perbuatan kita ,selain itu memang terlalu banyak amalan yang boleh menghidupkan jiwa antaranya banyakkan selawat,baca Al Qur'an serta menghayatinya,menghadiri majlis-majlis ilmu,bertahajud,berpuasa sunat dan lain-lain.

Jadi bagi kita sebagai seorang yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu ,perlu kita kuatkan kedua-dua nya sekaligus,biar sama tinggi akal dan roh kita naik ,bermakna semakin tinggi akalnya semakin tunduk dia kepada Allah SWT.Orang boleh rujuk macam-macam ilmu dengan kita,dalam masa yang sama hati kita tetap bersama Allah SWT .Inilah kekuatan yang perlu kita bina dalam diri kita,tidak hanya memikirkan kekuatan mental kita semata tetapi soal rohiyyah kita perlu juga ditingkatkan bersama.

Sebagai akhir coretan saya ini,saya ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan yang sedang atau akan menghadapi imtihan selamat berjuang memartabatkan ilmu dan amal untuk meninggikan lagi kalimah Allah di muka bumi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...