Khamis, 2 Julai 2015

Cinta dalam perjalanan

Cinta memerlukan pengorbanan
Tanpa pengorbanan cinta tidak berkesan
Jadikan pengorbanan satu perjalanan
Agar cinta berkekalan

Aku kembali

Aku kembali menulis
setelah sekian lama tidak menulis
tergerak kembali berkongsi tulis
untuk diri dan yang gemar menulis

Walaupun kini blog tidak begitu laris
Kerana datangnya perisian yang baru release
Blog adalah antara yang terawal aku kenali
Sebab itu aku menulis

Aku disibukkan dengan banyak perkara yang hadir
Waktu-waktuku banyak yang terhakis
Sampai waktu tidurku pun menjadi tipis
Maklumlah dah bertukar status dari bujang kepada ketua familis

Insyallah aku akan sedaya menulis
Berkongsi rasa dan pengalaman yang kalis
Moga-moga aku jadi hamba yang Khalis
Mengharap rahmat Tuhan yang tidak pernah habis

Khamis, 1 Disember 2011

Mesir tetap di hati


Aku berjalan dan berlari di atas tanahnya,
Berbual dan bergaul dengan orangnya,
Makan dan minum apa yang mereka rasa,
Merasa sejuk dan panas cuaca di sana,

Itulah Mesir yang menjadi kenangan
3 tahun di sana begitu mengusik kenangan
datang ke sana bersama impian
tapi apakan daya Tuhan yang menentukan
aku pulang bersama seribu persoalan

Namun bukan di sana akhirnya
Jalan untuk berjaya tiada sudahnya
Asalkan diri perlukan pimpinannya
Membawa semangat di sana
Untuk menabur bakti di Malaysia

Selasa, 29 November 2011

Hajat tercapai di Awal Muharam


Antara hajat yang penting telah pun tercapai dengan izin Allah.Sungguh terharu dan terkesima dapat menziarahi makam sesorang yang aku sanjung,Di masa hayatnya aku tidak diizinkan bertemu denggannya,Allah izinkanku menziarahi ke makamnya,Alhamdulillah...sungguh tenang keadaan suasana di Kampung Pilin ,Rembau Negeri Sembilan.Jarang sekali menikmati suasana sebegitu,inilah keberkatan waliyullah yang bersemadi di situ.

al fatihah untuk guruku,mushidku,pemimpinku..

Isnin, 24 Oktober 2011

Ruang sunyi


Berada di ruang sunyi,sendiri,seolah² bertapa di dalam Gua ,tapi tak bertapa, hanya melepak melayani fikiran sendiri,merenung kekurangan ini,memikir untuk menampungnya kembali,berdoa menginsafi diri,

jangan ada perasaan putus asa ,atas rahmat Allah,kerana rahmat dan kasih sayangNya tidak pernah padam,

kerana mengenangkan itu terbangun sedikit perasaan ,kerana esok masih ada lagi ,moga ruang yang Tuhan beri dapat digunakan sebaiknya.


Isnin, 17 Oktober 2011

Mencari Ilmu


Mencari ilmu mudah,

mengamalkan ilmu susah,

menghayati ilmu pun payah,

tapi semua itu tuntutan dari Allah,

untuk setiap manusia yang telah bersumpah,

hidup dan matinya lillahi ta’ala,

Ya Allah bukakanlah hatiku untuk menerima ilmuMu yang mencurah,

Berikanlah aku untuk menngamalkan ilmuMu dengan mudah,

Moga aku dapat hayati ilmu itu hinggalah aku kembali ke dalam tanah.

Rabu, 31 Ogos 2011

Sebelum SUBUH


Sebelum SUBUH
Aku BERSIMPUH
seperti LUMPUH
Tapi tak JATUH
Jari-jari LENGUH
Di laptop AMPUH
Berhidangkan CELARUH
Bersiapkan PARUH
Bertongkatkan lautan RIMBUH

Selasa, 30 Ogos 2011

Raye lagi..


Raya kali ini berbeza sekali
Bukan kerana suasana mati
Tapi kerana terasa lapang di hati
Ada sebahagian perkara setle sendiri

Tambahan pula dah ada kenderaan sendiri
Alhamdulillah syukur pada Illahi
Mengurniakan kemudahan untuk hambaMu yang tak layak ini
Malu rasa di hati,moga dapat aku gunakan ke arah pembangunan diri

Raya kali ini seperti tahun2 sebelum ini
bersama keluarga yang sentiasa di sisi
pengalaman pernah beraya sendiri
Mungkin akan datang beraya di rumah keluarga satu lagi

Akhir sekali,salah silap harap diampuni
Segala perilaku yang tak disenangi,jangan ambil hati
kepada seluruh keluarga,rakan²,anak² murid,tak lupa juga pada buah hati
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk tahun ini..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sahur

Sahur di penghujung,
Imsak mengunjung,

Hati termenung,
Jiwa mengusung,

Akal berselindung,
Mata berpayung,

Badan menghuyung,
Tangan menggulung,

Menanti waktu terulung,
Waktu diri menyembah Yang Maha Agung.

Ahad, 14 Ogos 2011

Wahai Ali,

Wahai Ali,
bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

1.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2.Tidak terpesona dengan pujuk rayu wnita.

3.Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.


Wahai Ali,
bagi orang yang alim itu ada 3 tanda-tandanya: 

1.Jujur dalam berkata-kata.

2.Menjauhi segala yang haram.

3.Merendahkan diri.


Wahai Ali,

bagi orang yang taqwa itu ada 3 tanda-tandanya:

1.Takut berlaku dusta dan keji.

2.Menjauhi kejahatan.

3.Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,

bagi orang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:

1.Merahsiakan ibadahnya.

2.Merahsiakan sedekahnya.

3.Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali,

bagi ahli ibadah ada 3 tnda-tandanya:

1.Mengawal dirinya.

2.Menghisab dirinya.

3.Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Ahad Ramadhan

Hari Ahad ,tengahari yang hening,duduk sorang-sorang menunggu pelanggan di bawah kedai World of Herbs.Sesekali dihinggap rasa bosan,sesekali kebosanan terubat dengan kawan² di fb.

Perut mula mengelegak lapar,akibat tak sahur pagi tadi,walaupun fikiran masih waras ,sesekali terdetik untuk batalkan puasa...

Tapi aku masih boleh bertahan,insyaallah sampai ke penghujung...:)

Ahad, 27 Mac 2011

Karya dari Utara

I'm just want to share my artwork's friend from Kampar ,Perak .Walaupun tulisan tak berapa jelas nak baca,tapi it's a good artwork for me..let's chek it out!!


***click a picture to large size.

Jumaat, 25 Mac 2011

Second Time

Hari ni second time aku kena jadi MC majlis.I'm so nervous but first time expirent will teach me ..:) .Sememangnya aku ni tak minat untuk bercakap depan khalayak ramai,sebab tak selesa dengan pandangan mata orang yang memfokuskan matanya ke kita..itu biasanya menjadi kekalahanku..erk!!

But i'm trying to do somenthing better for this event,aku tak nak bagi malu pada semua guru².Hopefully i'm did somthing better for today.Lastly let's check out , best speech from Man Raja lawak..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...