Selasa, 30 Ogos 2011

Raye lagi..


Raya kali ini berbeza sekali
Bukan kerana suasana mati
Tapi kerana terasa lapang di hati
Ada sebahagian perkara setle sendiri

Tambahan pula dah ada kenderaan sendiri
Alhamdulillah syukur pada Illahi
Mengurniakan kemudahan untuk hambaMu yang tak layak ini
Malu rasa di hati,moga dapat aku gunakan ke arah pembangunan diri

Raya kali ini seperti tahun2 sebelum ini
bersama keluarga yang sentiasa di sisi
pengalaman pernah beraya sendiri
Mungkin akan datang beraya di rumah keluarga satu lagi

Akhir sekali,salah silap harap diampuni
Segala perilaku yang tak disenangi,jangan ambil hati
kepada seluruh keluarga,rakan²,anak² murid,tak lupa juga pada buah hati
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk tahun ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...