Ahad, 22 Februari 2009

Salah siapa??!!


KUALA LUMPUR: “Kenapalah anak saya dihukum sehingga meninggal dunia. Jika apa pun kesalahan dia, janganlah buat hukuman sendiri,” kata Mohamad Din, 52, bapa pelajar Tingkatan Empat yang meninggal dunia selepas seminggu koma kerana dibelasah sekumpulan remaja.

Muhd Hadzrin Mohamad, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), kira-kira jam 1 pagi semalam di sisi ahli keluarganya.

Mangsa dibelasah sekumpulan 24 lelaki dipercayai juga pelajar pada jam 9.30 malam 13 Februari lalu didakwa berikutan perebutan teman wanita.


Petikan dari Berita harian ahad,11 Febuari 2009


Pilu,sedih,menyayat hati bila aku bace kes-kes camni...seakan dah xde penyelesaian untuk masalah ini.Mana-mana pegi ada sahaja pergaduhan,pertelingkahan,perpecahan.Baik orang atasan mahupun orang bawahan,orang kaya mahupun orang miskin ,orang tua mahupun remaja.Padahal benda yang ditelingkahkan itu perkara kecil ,bukan lah masalah negara pun, tapi sampai berlaku pertumpahan darah.Siapa harus dipersalahkan??adakah budak yang belasah tu?,ataupun mangsa tu?,atau mak bapak dia?,atau masyarakat sekeliling?ataupun ulama??ataupun pemimpin??rasanya semua perlu terlibat...Jangan ada yang menuding jari menyalakan orang lain,tapi seharusnya menyalahkan diri sendiri.Salah kita sendiri masih belum tegakkan iman dalam diri,masih lemah dalam baiki diri,masih derhaka dengan Tuhan ,tak serius dgn Tuhan,jadi Tuhan hukum kita sebab tidak jalankan usaha dakwah dan tarbiah pada masyarakat.Kalau buat pun mgkin ada kepentingan diri,nak duit,nak pangkat,nak pengaruh,nak liputan media.Bukan atas nama Allah SWT.

Berapa banyak lagi kah yang kita nak dengar perkara-perkara sebegini berlaku pada masyarakat kita??Perkara yang paling utama untuk kita ambil tindakan buat diri kita adalah tanamkan iman sama ada dalam diri,keluarga,dan masyarakat.Jalankan usaha dakwah dan tarbiyah samaada melalui lisan,tulisan,nasyid,berekonomi,bersosial,dan lain-lain.Dalam apa sahaja yang kita lakukan mestilah ada kaitan dgan kepentingan umat,bukan kepentingan diri.
Semarakkan bumi ini dengan nama Allah,dengan syariatnya.Barulah orang takut nak buat jahat,bukan takut kena hukum,kena tangkap polis,tapi takutkan Tuhan,takut azab Tuhan.Kalau semua manusia masing-masing hatinya dengan Tuhan,insyaallah jenayah akan berkurangan.Manusia akan menghormati hak-hak orang lain.

Tetapi mgkin bukan kita yg mampu mengubahnya .Hanya Allah sahaja yang mampu mengubahnya melalui orangNya.Mgkin kematian arwah Muhd Hadzrin Mohamad menjadi pengajaran buat kita agar perlunya mencari orang yang mampu mengubah keadaan seperti ini.Bukan pemimpin yang pentingkan diri,tapi pemimpin yang sangat takut dan cintakan Tuhan,yang mampu menghubungkan hati kita kepada Tuhan.Yang boleh menunjukkan jalan bagaimana mendidi umat agar kembali kepada jalan Allah yang sebenar.Marilah sama-sama kita berdoa agar agar dipertemukan dengan pemimpin yang berwatak Rasul, dan mewarisi kerja-kerja Rasul agar dunia ini disirami dengan iman dan taqwa.

Jumaat, 20 Februari 2009

SERIUS DALAM BERTAUBAT

Syarat-syarat taubat;

  1. menyesal
  2. berhenti membua dosa dan maksiat
  3. berazam tidak mengulangi maksiat
  4. kalau dosa itu bersabit dengan orang lain,kena minta maaf atau minta halal darinya
Taubat sebenarnya amalan hati ,ia amalan rohaniah,sebab itu syarat yang pertama ialah menyesal.Tanpa penyesalan ,tidak dinamakan taubat kerana asal puncanya dari hati,ia merupakan pokok taubat.Penyesalan adalah perkara yang pertama dan utama yang dilihat oleh Tuhan apabila seseorang hamba itu bertaubat .


Taubat yang penuh dengan penyesalan akan membawa perubahan pada diri,sikap dan tingkah laku seseorang.Sikapnya akan ketara bezanya dari sebelum-sebelumnya .Kalau sikap dan perangai masih belum berubah itu menunjukkan hatinya masih belum bersungguh-sungguh dan masih belum disertai dengan penyesalan .

Oleh itu ,empat syarat taubat sahaja tidak cukup .Atas dorongan perasaan sesal di
hatinya,orang yang bertaubat itu perlu berusaha memperbaiki dirinya .Antara perkara-perkara yang patut diusahakan adalah seperti berikut:

  • menambah ilmunya terutama ilmu agama
  • menambah ibadahnya
  • menukar kawannya dan memilih kawan yang baik dan sehaluan
  • meninggalkan kemegahan dunianya
  • berhenti daripada bangga dan sombong
  • mengubah akhlak menjadi baik
  • sentiasa berusaha berlaku benar
  • jangan redha dengan maksiat

Orang yang benar-benar serius dalam bertaubat tentulah hatinya sangat mahukan dosa-dosanya diampunkan Tuhan .Dia tidak cukup sekadar empat syarat & usaha-usaha yang sudah disebutkan tadi,tyetapi hatinya sangat mencari-cari jalan,peluanag untuk berbuat baik,untuk menampung rasa serba salahnya dengan Tuhan kerana padanya tiada jaminan apa-apa bahawa Tuhan akan menerima taubatnya hanya di atas empat syarat tersebut.

Antara perkara-perkara yang seseoarng patut lakukan untuk menambah lagi kesungguhannya dalam menempuh jalan taubat ialah; Pertama ,dia akan rela menerima segala ujian dan mehnah dari Allah SWT.Dia akan berusaha untuk sabar dan redha dengan apa sahaja yang Tuhan timpakan padanya.Dia akan bersedia,tenang,terbuka dalam menghadapi ujian dari Allah.Walaupun ujian itu berat,pedih dan menyakitkan ,dia tetap berbaik sangka dengan Tuhan dan tidak akan berputus asa dari rahmat Allah SWT.Dia merasakan ujian yang Tuhan timpakan padanya sebagai satu penghapusan dosa,belum tentu baginya diterima taubat hanya sekadar menempuh 4 syarat tadi,tetapi Tuhan membersihkan dosanya melalui ujian.Hadis ada menyebut yang bermaksud

"Tidak terkena anak Adam itu walaupun satu tusukan duri melainkan diampunkan dosanya"

Kedua,dia akan membuat amalan kebajikan sebanyak-banyaknya kerana ini akan melenyapkan dosanya.Ada hadis yang bermaksud :

"Iringilah kejahatan kamu dengan sebanyak-banyaknya kebajikan ,nescaya ia akan memadamkan kejahatan kamu"

Amalan kebajikan di sini umum maksudnya .Ia termasuklah solat,puasa,wirid ,zikir ,baca Al quran ,berzakat,bersedekah,menolong fakir miskin dan orang susah dan sebagainya .Tetapi amalan kebajikan yang dipandang tinggi oleh Tuhan ialah berjihad dan berjuang.

Siapa yang berjuang dan berkorban untuk menegakkan agama Allah ,sama ada pada dirinya, keluarganya dan masyarakat umum ,maka Tuhan berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosanya .inilah sepatutnya menjadi pegangan orang yang serius dalam bertaubat .Dia patut mengorbankan diri,harta,jiwa dan raganya ke jalan Allah.Taubat sahaja tidak cukup dan tidak memadai.




p/s;
Ringkasan dari tajuk dalam sebuah buku SIRAMAN MINDA susunan Mejar (B) Abu Dzar untuk peringatan buat diri yang selalu terlalai dan terleka,moga dikurniakan TAUBAT buat diriku,dan moga aku dapat ikut serta dalam barisan perjuangan yang menegakkan agama ALLAH di akhir zaman ini.

Menjadi penulis

Untuk menulis kita perlu ada ilmu untuk menulis.Semua orang boleh menulis tapi tak semua orang dapat sampaikan suatu mesej daripada hasil tulisannya sendiri.Sebaik-baik tulisan itu adalah yang berunsurkan nasihat ,hikmah yang boleh menyentuh hati sesiapa yang membaca,sebagaimana kata sorang hukama' "pena lebih tajam dari mata pedang"mari kita lihat apa logiknya disebalik kata-kata hikmah ini.Memanglah secara zahirnya kita lihat pedanglah yang paling tajam,mampu menghunus ke dada musuh,senapang tu canggih sekali petik mampu membunuh ramai musuh,kalau mati musuh itu tidak memberi apa-apa kesan buat kita ,tetapi berbeza dengan tulisan yang mampu mengubah manusia,daripada buruk kepada baik,secara lahirnya tapi hakikatnya dengan izin Allah SWT,ia lebih besar manfaatnya daripada menghunuskan pedang ke perut musuh kerana ia mampu selamatkan manusia dari kesesatan .

Perlu diigatkan perkara yang paling penting untuk kita menulis adalah persoalan2 ketuhanan,keimanan,ketaqwaan,yang boleh mengingatkan kita kepda Akhirat.Selain itu ilmu-ilmu islam yang lain seperti ilmu syariat ,tasauf dan lain-lain .untuk menulis yang berkaitan dengan ilmu dunia, seelok-eloknya dikaitkan dengan Tuhan juga,sebagai satu peringatan buat kita dan sesiapa yang membacanya agar sentiasa rasa bertuhan dalam kehidupan.

Kebanyakan ulama'-ulama' zaman dahulu menulis hasil daripada penghayatannya tentang ilmu-ilmu Islam ,setelah mengamalkan ilmu yang mereka pelajari, sebab itulah ilmunya sangat berkat dan kitab-kitab mereka tebal-tebal ,digunakan sampai sekarang ini.Selain itu ulama'-ulama' dahulu juga dianugerahkan ilmu ilham, iaitu ilmu yang secara langsung melalui rasa hati.Kerana bersihnya hati mereka ,kuatnya amalan mereka dengan Tuhan, sangat menjauhkan diri dengan maksiat. Tuhan menganugerahkan mereka ilmu-ilmu yang secara langsung dariNya .Ilmu yang datang secara ilham ini sangat payah dicari ,lebih-lebih lagi di akhir zaman ini ,kerana ilmu ini sahajalah yang mampu mengungkai masalah umat di sesuatu masa atau zaman .

Sebagai satu permulaan

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,terima kasih Tuhan atas rahmat dan nikmatNya menghidupkan aku lagi,mengizinkan aku lagi untuk menghirup udara yang dipinjamkanNya,moga aku dapat menggunakannya untuk jalan kebaikan ,terima kasih juga wahai Tuhan kerana menggerakkan hatiku,tanganku untuk menulis blog ini untukku berkongsi rasa ,pengalamanku pada semua orang,moga ada nilai di sisi Mu Ya ALLAH,kalau hendak dikira aku ini bukanlah orang yang pandai menulis atau pandai memberi pandangan secara terbuka, moga dengan blog ini aku dapat melatih diriku,agar pandai menceritakan sedikit sebanyak apa yang aku tahu,apa yang aku lihat,apa yang aku rasa & ape yang aku alami,moga sedikit sebanyak dapat memberi .manfaat buat diriku atau mungkin pada orang lain

Namum mata tak selalu celik,andai tulisan-tulisanku ini ade salah silap atau cacat-celanya harap dapat maafkan,kalau boleh betulkan,moga kita dapat berrkongsi apa-apa ilmu dalam kita belajar,berfikir dan lebih-lebih lagi ilmu itu tujuannya untuk diamalkan..., memang patut kita berkongsi untuk ditambah amal bakti kita pada Tuhan

Akhir sekali aku berlindung pada Mu Ya Allah daripada penyakit hati,atau huzuzunnafsi ketika aku menulis blog ini,moga2 Engkau istiqomahkan kan aku dalam menulis blog ini,dan rezekikanlah kami agar aku dapat amal apa yang aku tulis ini

wallahu a'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...