Jumaat, 20 Februari 2009

SERIUS DALAM BERTAUBAT

Syarat-syarat taubat;

  1. menyesal
  2. berhenti membua dosa dan maksiat
  3. berazam tidak mengulangi maksiat
  4. kalau dosa itu bersabit dengan orang lain,kena minta maaf atau minta halal darinya
Taubat sebenarnya amalan hati ,ia amalan rohaniah,sebab itu syarat yang pertama ialah menyesal.Tanpa penyesalan ,tidak dinamakan taubat kerana asal puncanya dari hati,ia merupakan pokok taubat.Penyesalan adalah perkara yang pertama dan utama yang dilihat oleh Tuhan apabila seseorang hamba itu bertaubat .


Taubat yang penuh dengan penyesalan akan membawa perubahan pada diri,sikap dan tingkah laku seseorang.Sikapnya akan ketara bezanya dari sebelum-sebelumnya .Kalau sikap dan perangai masih belum berubah itu menunjukkan hatinya masih belum bersungguh-sungguh dan masih belum disertai dengan penyesalan .

Oleh itu ,empat syarat taubat sahaja tidak cukup .Atas dorongan perasaan sesal di
hatinya,orang yang bertaubat itu perlu berusaha memperbaiki dirinya .Antara perkara-perkara yang patut diusahakan adalah seperti berikut:

  • menambah ilmunya terutama ilmu agama
  • menambah ibadahnya
  • menukar kawannya dan memilih kawan yang baik dan sehaluan
  • meninggalkan kemegahan dunianya
  • berhenti daripada bangga dan sombong
  • mengubah akhlak menjadi baik
  • sentiasa berusaha berlaku benar
  • jangan redha dengan maksiat

Orang yang benar-benar serius dalam bertaubat tentulah hatinya sangat mahukan dosa-dosanya diampunkan Tuhan .Dia tidak cukup sekadar empat syarat & usaha-usaha yang sudah disebutkan tadi,tyetapi hatinya sangat mencari-cari jalan,peluanag untuk berbuat baik,untuk menampung rasa serba salahnya dengan Tuhan kerana padanya tiada jaminan apa-apa bahawa Tuhan akan menerima taubatnya hanya di atas empat syarat tersebut.

Antara perkara-perkara yang seseoarng patut lakukan untuk menambah lagi kesungguhannya dalam menempuh jalan taubat ialah; Pertama ,dia akan rela menerima segala ujian dan mehnah dari Allah SWT.Dia akan berusaha untuk sabar dan redha dengan apa sahaja yang Tuhan timpakan padanya.Dia akan bersedia,tenang,terbuka dalam menghadapi ujian dari Allah.Walaupun ujian itu berat,pedih dan menyakitkan ,dia tetap berbaik sangka dengan Tuhan dan tidak akan berputus asa dari rahmat Allah SWT.Dia merasakan ujian yang Tuhan timpakan padanya sebagai satu penghapusan dosa,belum tentu baginya diterima taubat hanya sekadar menempuh 4 syarat tadi,tetapi Tuhan membersihkan dosanya melalui ujian.Hadis ada menyebut yang bermaksud

"Tidak terkena anak Adam itu walaupun satu tusukan duri melainkan diampunkan dosanya"

Kedua,dia akan membuat amalan kebajikan sebanyak-banyaknya kerana ini akan melenyapkan dosanya.Ada hadis yang bermaksud :

"Iringilah kejahatan kamu dengan sebanyak-banyaknya kebajikan ,nescaya ia akan memadamkan kejahatan kamu"

Amalan kebajikan di sini umum maksudnya .Ia termasuklah solat,puasa,wirid ,zikir ,baca Al quran ,berzakat,bersedekah,menolong fakir miskin dan orang susah dan sebagainya .Tetapi amalan kebajikan yang dipandang tinggi oleh Tuhan ialah berjihad dan berjuang.

Siapa yang berjuang dan berkorban untuk menegakkan agama Allah ,sama ada pada dirinya, keluarganya dan masyarakat umum ,maka Tuhan berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosanya .inilah sepatutnya menjadi pegangan orang yang serius dalam bertaubat .Dia patut mengorbankan diri,harta,jiwa dan raganya ke jalan Allah.Taubat sahaja tidak cukup dan tidak memadai.




p/s;
Ringkasan dari tajuk dalam sebuah buku SIRAMAN MINDA susunan Mejar (B) Abu Dzar untuk peringatan buat diri yang selalu terlalai dan terleka,moga dikurniakan TAUBAT buat diriku,dan moga aku dapat ikut serta dalam barisan perjuangan yang menegakkan agama ALLAH di akhir zaman ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...