#ulasan saya#Artikel ini saya dapat dari sebuah webgroup.Baru kita tersedar selama ini kita sudah tertipu dengan suasana.Sedang manusia sibuk memperkuatkan akal fikiran ,tapi hati nurani tidak disiram dengan iman dan taqwa,rupa-rupanya akal fikiran itu banyak yang menipu kita.Namun bagaimanapun bukanlah menafikan langsung penggunaan akal,cuma jangan sekadar menggunakan akal semata,tapi suluhlah juga dengan cahaya iman dan taqwa ,barulah ia selaras dengan syariat Tuhan itu.Rupa-rupanya memnag orang yang beriman lah orang yang paling cerdik di sisi Tuhan ,hasil hubungannya kuat dengan Tuhan ,Tuhan akan pelihara dirinya dari kesesatan dunia dan akhirat.
Khamis, 28 Mei 2009
RENUNGAN UNTUK MANUSIA YANG MENGAGUNGKAN LOGIKA
#ulasan saya#Artikel ini saya dapat dari sebuah webgroup.Baru kita tersedar selama ini kita sudah tertipu dengan suasana.Sedang manusia sibuk memperkuatkan akal fikiran ,tapi hati nurani tidak disiram dengan iman dan taqwa,rupa-rupanya akal fikiran itu banyak yang menipu kita.Namun bagaimanapun bukanlah menafikan langsung penggunaan akal,cuma jangan sekadar menggunakan akal semata,tapi suluhlah juga dengan cahaya iman dan taqwa ,barulah ia selaras dengan syariat Tuhan itu.Rupa-rupanya memnag orang yang beriman lah orang yang paling cerdik di sisi Tuhan ,hasil hubungannya kuat dengan Tuhan ,Tuhan akan pelihara dirinya dari kesesatan dunia dan akhirat.
Selasa, 26 Mei 2009
Pancar lakaran??ape tu??
r pelangi,eih..mentang2 baru abis tengok cite tu da nak letak nama yang mirip2 camtu..tapi xde la camtu sebenarnye..memang cite laskar pelangi ni membuatkan saya dapat sedikit inspirasi untuk capai sesuatu.Jadi mungkin kerana inspirasi dari cerita tu muncul la pancar lakaran ,macam kelakar gak bunyi dia ,tapi saya ada definasi tersendiri dari apa yang saya keluarkan ini,cuma bukan la yang paling tepat ,kalau nak tepat lagi jmpe la ahli2 bahasa kan cam A.Samad Said ke.Saya cuma nak bgtau tau yang subjektif je tentang tajuk yang saya gembar-gemburkan ini.Oleh kerana jiwa saya ni,jiwa animated,jadi memang maksud saya menjurus ke arah tu.Kalau ada yang rasa-rasa nak bagi pendapat dari sudut lain ,sila labagi pendapat anda.Ok kalau secara rambang pancar lakaran ni maksudnya memancarkan sesuatu pada lakaran, dari segi rambang pun da faham sebenarnya maksud dia,cuma yang tersiratnya,rasanya saya sorang je yang faham,yang saya cuba nak terangkan ni cuma apa yang terfikir di benak kepla saya je jadi pandai-pandai la anda hendak mendefinasikannya sendiri.Apa yang memancar itulah cahaya,cahaya yang saya maksudkan itu adalah inspirasi ataupun idea,sebab pada saya idea tu sgt susah nak dapat ,tapi kalau da dapat ,waktu bile pun kita tak boleh tolak.Dari inspirasi tu la lahirnya lakaran,lakaran-lakaran tu la sebenarnya watak-watak kartun saya. Jadi inilah definasi yang boleh saya terangkan kat sini,walaupun sebenarnya saya ni bukan lah pelukis kartun hebat sangat ,cuma lukis2 sendiri pastu ada 2,3 cerita yang saya da buat akan terbit utk majalah plajar johor kt Mesir ni ,Tapi insyaallah saya akan cuba berusaha ke arah tu.

Untuk memartabatkan lagi agama Islam ini,saya kira memang perlunya kita wujudkan satu medium dakwah menggunakan kartun ini,sebab ia lebih dekat dengan kanak-kanak dan remaja.Dulu pernah satu ketika satu majalah yang cukup popular di kalangan masyarakat Islam tajuk majalah tu 'Majalah OK' .Majalah yang pada saya cukup berkesan,cukup senang diterima oleh hati-hati manusia yang selalu tak ingat Tuhan ni ,insyaallah kita akan rasa sentapan rohaniah tu ,betul-betul membawa kita kepada Tuhan.Tapi malngnya waktu itu ada pulak pihak yang hasad dengki,Dia ada aoutority boleh bertindak pula mgharamkan majalah tersebut,Dengan alasan ada kaitan dengan Al-arqam,pelik juga saya dengar asal ada kaitan dengan Arqam aje mesti kna banned walaupun bnda tu baik .Tak tau la nak komen camne..tapi hasilnya ada pihak-pihak yang sedar pentingnya dakwah lalu dibuatlah majalah berunsurkan dakwah juga,Majalah Lanun.
Tapi sejak akhir-akhir ni Majalah-majalah kartun berunsurkan dakwah dah berkurangan,yang banyak,kartun2 yang buatkan kita bergelak ketawa,pengisian rohani kurang.Sebab tu saya terpanggil untuk menghidupkannya semula, cuma blum masanya lagi,kalau diizinkan memang hendak cari sebanyak-banyak pngalaman dalam bidang ni.Tapi insyaallah satu hari nanti berpandukan Murshid saya akan laksanakn jua .Amin ya Rabal alamin
Berubah lagi...!!
Salam semua moga sihat dalam rahmat Allah .Berubah lagi wajah blog ni tak pernah tetap lagi,memang macam org yang buat blog ni belum pernah nak tetapkan pendirian...Kenapa saya rasa patut ubah lagi blog ini..? satunya sebab memang saya suka berubah,kadang-kadang last minit pun saya boleh ubah keputusan saya,mungkin ini lah tabiat saya yang susah nak buang,Keduanya memang bagus pun kita upgrade skit ape2 yang ada kat blog ini ,tak lah kalau buka blog tu boring.Mesti nak ada sesuatu yang kita boleh bukak blog sendiri,kalau tengok blog orang lain yang smart2 tu jeles la plak kan.Baik upgrade sendiri blog kite.Tapi ape2 yang penting isi dalam blog tu ,kalau lawa camne pun kalau xde input ,tak guna gak..macam kita sibuk hias luar rumah ,tapi dalam rumah berserabut.Kan masih belum sempurna macam tu.Jadi dalam saya menghias luar blog ini,saya harap dapat memberikan input2 yang berguna ,terutama untuk diri saya sendiri.Kalau la ada org yang sudi nak baca ,Alhamdulillah la...tapi setakat ni cam xde org masuk blog saye je...takpe la...lom ade rezeki agaknye..Mungkin saya kena baiki lagi segala apa yang saya dah buat,ye la blog saya ni kadang2 merapu gak..sebab banyak cerita syok sendiri..segan lak kat kawan2 lain dapat jadikan blog diorng tu satu bahan bacaan yang bermanfaat ,tapi blog saya sendiri tak dapat buat cam diorang.Tapi insyaallah saya akan berusaha ke arah tu.Harapnya memang saya dapat jaga blog ni sampai bile2.Sebab ni je la wadah kita nak luahkan rasa hati,nak kongsi pendapat,nak beri pendapat.Jadi memang perlu la saya buat satu transformasi dalam blog saya,supaya kalau ada la orang masuk blog saya ni,kalau pun tak baca ape2 pun ,insyaallah dapat manfaatnya...ok sekian sahaja utk kali ni
Ahad, 17 Mei 2009
Kaifiyat Sujud Syukur
Hukum Sujud syukur sama dengan hukum sembahyang sunat dalam pensyaratan suci dari hadas dan najis, menghadap kiblat dan menutup aurat. Maka haram Sujud syukur pada orang yang di badan atau bajunya terdapat najis yang tidak dapat dimaafkan. Dan haram atas orang yang berhadas, kecuali jika dia bertayamum di suatu tempat yang diharuskan bertayamum. Diharamkan pula menghadap selain kiblat, kecuali dalam perjalanan di mana boleh menghadap selain kiblat dalam sembahyang nafilah. Semua ini dipersetujui oleh para ulamak.
Apabila hendak sujud, niatkan sujud syukur dan melakukan takbiratul ihram dan mengangkat kedua tangan sejajar dengan kedua bahunya sebagaimana dia melakukan takbiratul ihram untuk sembahyang. Kemudian dia takbir lagi untuk sujud syukur tanpa mengangkat tangan. Takbir yang kedua ini dianjurkan, bukan syarat, seperti takbir hendak sujud di dalam sembahyang.
Sementara takbir yang pertama, iaitu takbiratul ihram, maka ada tiga pendapat. Pendapat pertama, takbir yang pertama (takbiratul ihram) merupakan rukun dan tidak sah sujud syukur kecuali dengannya. Pendapat kedua adalah ianya tidak wajib, hanya dianjurkan. Sekiranya takbir itu ditinggalkan sujudnya tetap sah. Ia adalah pendapat Al-Juwaini. Pendapat ketiga mengatakan, ianya tidak dianjurkan.
Kemudian, jika orang yang ingin sujud itu dalam keadaan berdiri, dia pun mengucapkan takbiratul ihram, kemudian takbir untuk sujud ketika merebahkan diri ke tempat sujud.
Kemudian ketika sujud dia mesti memperhatikan adab-adab sujud sama seperti sujud di dalam sembahyang Sementara tasbih di dalam sujud, hendaklah bertasbih seperti bertasbih dalam sujud sembahyang iaitu diucapkannya di dalam arabnya “Subhana Rabbiyal A’la wabihamdih” sebanyak tiga kali.
Ada ucapan tambahan dalam bahasa arabnya: “Allahumma laka sajadtu, wabika amantu walaka aslamtu sajada wajhiyalillazi halaqohu wasowwarahu wasyakkahu sama’hu wabasorahu bihaulihi waquwwatihi tabarakallahu ahsanul hooliqiin.” (Dapatkan teks dalam bahasa arabnya)
Juga dengan ucapan tambahan di dalam arabnya: “Subbuhun quddusan rabbuna warabbul malaikatu warruh.”
Berkata Imam Nawawi: “Maka disunahkan menggabungkan antara dzikir-dzikir ini seluruhnya dan berdoa berkenaan dengan urusan-urusan akhirat dan dunia yang diinginkannya. Jika dia batasi pada sebagiannya, sudah cukup bacaan tasbihnya. Sekiranya tidak bertasbih dengan sesuatu apa pun, tercapailah sujudnya seperti halnya sujud dalam sembahyang. Kemudian ketika selesai dari bertasbih dan berdoa, dia angkat kepalanya sambil bertakbir.”
Apakah sujud syukur memerlukan salam? Terdapat dua pendapat. Pendapat pertama ialah ia memerlukan salam kerana memerlukan takbiratul ihram dan menjadi seperti sembahyang jenazah. Pendapat kedua mengatakan, tidak memerlukan salam kerana hal itu tidak dinukil dari pada Nabi saw.
Sabtu, 16 Mei 2009
MUSIK+KARTUN=inspirasi
Hiburan memang tidak boleh dipisahkan dari manusia,tanpa hiburan sunyilah dunia ini.Tapi sebaik-baik hiburan itu adalah yang boleh memngingatkan kita kepada Tuhan dan hari Akhirat .Aku juga memang tidak boleh pisah dari hiburan khususnya musik.Aku ambil musik ini sebagai satu inspirasi untuk aku hasilkan sesuatu.Mungkin ramai tak faham apa yang aku buat.Sebenarnya dalam proses mengenali baik & buruk diriku ini aku pernah cuba macam-macam bidang tetapi hanya satu bidang ini yang aku rasa boleh bertahan.Itulah bidang lukis kartun.Cuma aku perlukan sokongan dari beberapa pihak untuk aku boleh pergi jauh.setakat ni agaknya baru setapak kot langkah ke ke alam kartun ni.belum boleh dibanggakan lagi.Cuma apa yang aku nak kongsi dalam blog aku ni,macammana musik & kartun ni boleh menghasilkan inspirasi ?
Mungkin orang yang terlibat lebih mudah mentafsirkannya.Bila aku dengar lagu sambil lukis kartun ni ,seolah-olah aku dibawa ke dalam dunia khayalan ,fikiran aku mengimaginasikan sesuatu dan aku tafsirkan apa yang ada dalam fikiranku pada lukisanku,bila terlakar sesuatu yang menarik pada pandanagku,aku rasa puas sangat..itulah perassan yang aku nak ceritakan.
Namun pada hakikatnya aku tahu hakikatnya kalau kita lupakan Tuhan seketika pun sebenarnya kita jatuh dosa kecil.Memang banyak la dosaku ini..tapi aku perlukan musik dan kartun ini untuk dapat inspirasi hidup.Aku harap apa yang aku khayalkan ini tidaklah melarat
Khamis, 30 April 2009
1 soalan 10 jawapan
Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"
" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali.
" Apakah alasan tuan berkata dernikian?"
Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."
Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "
Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya."
Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab: "Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "
Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. "
Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.
Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian."
Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."
Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan."
Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."
Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina Ali tetap mangatakan ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.
Akhirnya sepuluh orang pembesar Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya. Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.
Kata Sayidina Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama, aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku."
Jumaat, 24 April 2009
IMTIHAN:ujian & harapan
Namun dalam kita berhadapan dengan proses meningkatkan daya akal kita,perlu juga diigatkan ,ada satu lagi unsur dalam diri kita yang tidak boleh kita biarkan tanpa makanan.Unsur yang dimaksudkan itu adalah roh kita,atau jiwa kita.Dalam kita sibuk menghidangkan makanan ilmu untu akal,perlu juga kita menyediakan santapan untuk rohani kita.Apa pula makanan bagi rohani kita? Makanan bagi rohani kita adalah berzikir mengingati Allah dalam hati,lidah dan pada perbuatan kita ,selain itu memang terlalu banyak amalan yang boleh menghidupkan jiwa antaranya banyakkan selawat,baca Al Qur'an serta menghayatinya,menghadiri majlis-majlis ilmu,bertahajud,berpuasa sunat dan lain-lain.
Jadi bagi kita sebagai seorang yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu ,perlu kita kuatkan kedua-dua nya sekaligus,biar sama tinggi akal dan roh kita naik ,bermakna semakin tinggi akalnya semakin tunduk dia kepada Allah SWT.Orang boleh rujuk macam-macam ilmu dengan kita,dalam masa yang sama hati kita tetap bersama Allah SWT .Inilah kekuatan yang perlu kita bina dalam diri kita,tidak hanya memikirkan kekuatan mental kita semata tetapi soal rohiyyah kita perlu juga ditingkatkan bersama.
Sebagai akhir coretan saya ini,saya ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan yang sedang atau akan menghadapi imtihan selamat berjuang memartabatkan ilmu dan amal untuk meninggikan lagi kalimah Allah di muka bumi ini.
Khamis, 9 April 2009
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
*Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
*Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
*Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
*Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
*Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 mahupun disurau2..Amin. Wasallam.
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarabbal a'lamin...."
Rabu, 8 April 2009
Antara 2 tempat
Sabtu, 4 April 2009
Pak Cik Rosdin Sadin yang kukenali
Aku jumpa dia waktu aku ditugaskan untuk belajar masak di Restoran Mawaddah Mega Damansara.Ketika duduk2 kerana keletihan seharian bertugas .Mataku meleret pada satu objek yang dinamakan album gambar.Aku mengambilnya tanpa segan silu,lalu membukanya dengan penuh ta'jub dan diselang seli dengan rasa kagum.Apa yang aku terlihat adalah himpunan lukisan sejak dari tahun 1980-an .Lukisan penuh dengan makna,nampak ringkas dan padat ,penuh warna-warni dan yang paling ku kagumi semua lukisannya bermesejkan Islam.Aku sebenarnya cukup kenal dengan lukisan itu ,sudah merata tempat terdapat sebahagian lukisan tersebut.Cuma apa yang bermain di fikiran ku .Siapa dia pelukisnya??
Akhirnya secara kebetulan memang pelukisnya ada bertugas di situ,seorang kawan mengenalkan aku dengannya ,dari jauh sahaja aku pandangnya .Memang sikap dan wataknya low profil tapi mudah tersenyum,mudah buat orang gembira.Aku ingin mendekatinya tetapi memandangkan waktu itu dia sedang bersembang ,aku rasa tidak beradab lah kalau aku terus menerjahnya.Lalu aku cuma simpan harapan moga terjadi perbualanku dengannya.
Alhamdulillah aku diizinkan berbual dengannya ,walaupun perbualan kami ringkas sebab kesempitan waktuku tapi ia bermakna buatku untuk mengenali seni itu .Aku menngelarkan dia Ustaz ,walau ku tahu semua staff di situ memanggilnya Pak Cik .Aku tanya soalan yang paling asas sekali
"bila ustaz mula melukis?"
dengan spontan dia menjawab sambil ketawa kecil.
"saya melukis dari kecil lagi ,dulu lukis kat tanah pakai kayu ranting"
aku pun turut ketawa kecil untuk meraikan kata-katanya.lalu kuteruskan soalanku
"Ustaz tinggal di mana?"
dia menjawab "saya lahir di Tangkak ,kemudian sudah berhijrah ke banyak tempat dan sekarang di sini (Mega)"
Baru ku tahu rupanya orang Tangkak ,"dekatlah dengan kampung halaman saya"jawabku dengan terkejut.kami pun berbual sekekita tentang tempat halaman kami .Katanya sudah lama tidak ke kampung halamannya .Sempat juga aku meluahkan rasa minatku terhadap lukisan2nya,dan aku berterus terang bahawa aku sangat minat melukis kartun,dan aku meminta nasihatnya untuk aku terus berkecimpung dalam bidang ini.Kata-katanya yang masihku ingat ialah.
"awak kalau nak terus melukis,awak kena latih tangan awak melukis aje,biar lali tangan dengan melukis,saya memang Tuhan dah bagi saya pada bidang ni,kalau orang saya suruh saya masak ,saya tak tahu, sebab bukan bidang saya,jadi kalau awk rase apa yang terbaik untu awak ,awak teruskan.."
Sungguh bermakna sungguh kata-katanya ,Insyaallah kalau diberi kekuatan akan kuteruskan di bidang ini.Aku melafazkan rasa terima kasih padanya sebelum aku beredar dari situ kerana urusanku masih belum selesai.
Di bahagian atas restoran itu terdapat sebuah bilik tempat kami beradu,di dalam bilik itu juga terdapat satu ruang kecil yang boleh memuatkan 2 orang sahaja.Ruang itu agak selerak dengan surat khabar lama,majalah2 lama gambar2 dan disinari dengan cahaya lampu kecil.Aku bertanya pada kawanku
"tempat apa tu?"
dia menjawab ,"itu la tempat Pak Cik berjuang".
Aku masih tidak faham kata-kata kawan ku itu yang penuh maksud tersirat.Aku cuba amati betul-betul,rupanya ada water colour,berus lukisan ,meja kecil yang dipenuhi kertas2 lukisan.Baru ku faham maksud kawanku itu .Itulah tempat Pak cik Rosdin berkarya.Kagum sungguh aku melihat tempat sebegitu boleh dia berkarya .
Menurut kawanku lagi pak cik Rosdin inilah yang membuat logo Kapalterbang MAS(Malaysia Airline)Lagi bertambah kagum aku dengannya.Tidak sangka orang yang macam pak cik Rosdin itu telah berjasa buat Malaysia .Harapan buat pak cik Rosdin dapat teruskan berkarya untuk Islam ,dan dapat menghasilkan lagi idea2 yang boleh bawa kami agar kenal,cinta dan takutkan Allah.Moga panjang umur dapat lagi bertemu dengan pak cik Rosdin yang aku sanjungi.
Jumaat, 3 April 2009
TEGAS DENGAN PRINSIP
Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas dirinya. Sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya melawannya. Seperti dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya.
Maka terjadilah pada dirinya banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi yang tidak boleh dia melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah di dalam keadaan darurat.
Orang Islam yang tegas dan teguh dengan prinsip
Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati. Telah jadi mendarah mendaging. Telah sebati dan menjadi tabiat dirinya. Ia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu terlupa ia mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya dan tersangat tersinggung kalau ada orang yang menentang dan menghina agamanya. Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.
Sebab-sebab seseorang itu tegas dengan prinsip/sebab-sebab seseorang itu ada prinsip
Orang Islam yang tegas dengan prinsip jumlahnya tidak ramai. Sekalipun para pejuang, pendakwah-pendakwah dan da`i-da`i. Kerana itu Islam amat susah diterima oleh orang ramai sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir sangat takut dengan Islam.
Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang dengan prinsip atau di katakan orang ada prinsip ialah:
1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang baik pula.
2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.
3. Seseorang itu ada mempunyai cita-cita. Islam bukan setakat untuk dirinya sahaja tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di alam sejagat ini.
4. Kerana seseorang itu benar-benar faham tentang Islam, kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.
5. Kerana seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang baik yang boleh menyampaikan secara baik dan diberi pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh peribadinya.
6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia rasa seronok mengamal dan memperjuangkannya.
Rabu, 1 April 2009
Menongkah Arus
MENONGKAH ARUS HAWA NAFSU
MENONGKAH ARUS JAHILIAH
MENONGKAH ARUS SEKULARISMA
MENONGKAH ARUS FITNAH
MENGIKUT ARUS SYARIAT ALLAH
MENGIKUT ARUS SALAFUSSOLEH
MENGIKUT ARUS SISTEM ISLAM
MENGIKUT ARUS PERJUANGAN ISLAM
Inilah yang saya maksudkan menongkah arus.Arus-arus kebatilan itu perlu ditongkah untuk kita selamat sampai menuju jalanNya.Tanpa mujahadah dan kesungguhan kita takkan mampu untuk selamat sampai kepadaNya.Yang lebih penting sebenarnya dalam kita menongkah arus kita perlukan pemimpin,tanpa pemimpin masakan pula kita mampu melakukannya seorang diri ,perlunya kita mencari guru yang benar-benar Murshid agar kita ditunjukkan jalan bagaimana menghadapi arus-arus kejahatan yang terlalu halus memerangkap kita .Kalau kita tersilap langkah pasti akan terikut dengan arus kejahatan itu.
Di akir zaman ini banyak berlakunya fitnah.Fitnah itu sangat berleluasa hingga semua orang tidak mampu membendungnya.Perlunya kita sebagai umat Islam,yang ada cita-cita Islam,berjuang menghadapi fitnah kerana dengan fitnah inilah orang akan lari dari Tuhan,orang akan lari dari Islam,Jadi sebagai taklifan untuk orang Islam terutama yang belajar agama ,sama-sama kita menongkah arus finah ini dengan berjuang.Hendak berjuang utk orang lain kena berjuang pada diri kita dahulu,kena baiki diri,bersihkan hati dengan zikrullah,kalau tidak kita tidak akan mampu utk berhadapan fitnah yang paling besar.Hendak menongkah arus kejahatan yang ada sekarang ini kenalah tongkah arus hawa nafsu dalam diri kita dahulu.Barulah ia perjuangan yang selamat lagi menyelamatkan.Kalau tidak orang akan ketawakan kita ,sebab kita pun masih lagi ikut arus hawa nafsu jahat kita macammana kita nak ajak orang lain menongkah arus bersama.
Dalam kita hendak menguruskan sesuatu perkara,yang paling penting adalah niat kita.Tanpa niat yang betul iaitu kerana Allah Ta'ala ,perkara yang kita buat itu akan hilang berkatnya .Suluhlah hati kita selalu,periksalah hati kita selalu adakah ia membawa kearah keredhaan Allah ataupun sebaliknya .Pentingnya keikhlasan kerana Allah kerana amalan yang Ikhlas sahaja yang diterima Allah.Disionilah perlu kita sentiasa perbaharui niat kita,perlu mujahadah sentiasa ,berdoa dan berharap dengan Tuhan agar sentiasa diberi petunjuk.Moga-moga apa yang kita lakukan itu Tuhan terima .
Jenaka Minda
Pada suatu petang hampir masuk waktu asarRemaja: wawawawa...tak tahan..wawa(menyanyi)
Ustaz: eish budak-budak ni melepak je kerjanya,dah hampir waktu asar dah ni asyik menyanyi aje.Ini tugas aku sebagai lepasan Azhar utk menegur budak ni..Assalamualaikum dik ape khabar,sedap sungguh nyanyian kamu ini ,eloklah disumbangkan untuk Islam..
Remaja:Waalaikumsalam ,boleh la ust sikit-sikt,kami pun tak pndai nyanyi nasyid ust..sume bantai lagu rock..
Ustaz:Elokla kamu balik sekarang ,hampir masuk waktu asdar dah ni,balik tukar baju mari kita sama-sama jemaa'ah di Masjid
Remaja:nantilah ustaz,Asar kan waktunye panjang lagi,kami tau la nanti nak solat..lagipun sembahyang pun lum tentu masuk syurga..
Ustaz:pandainye kamu menjawab,memanglah saya yang solat ni pun lom tentu masuk Syurga
ape lagi orang yang tak solat langsung ,dapat masuk syurga ke??
Remaja:eish terasa la pulak ustaz ni cakap ,aku ni zohor lom solat lagi...erm..ust kami balik dulu la nk solat zohor....
