Sabtu, 4 April 2009
Pak Cik Rosdin Sadin yang kukenali
Aku jumpa dia waktu aku ditugaskan untuk belajar masak di Restoran Mawaddah Mega Damansara.Ketika duduk2 kerana keletihan seharian bertugas .Mataku meleret pada satu objek yang dinamakan album gambar.Aku mengambilnya tanpa segan silu,lalu membukanya dengan penuh ta'jub dan diselang seli dengan rasa kagum.Apa yang aku terlihat adalah himpunan lukisan sejak dari tahun 1980-an .Lukisan penuh dengan makna,nampak ringkas dan padat ,penuh warna-warni dan yang paling ku kagumi semua lukisannya bermesejkan Islam.Aku sebenarnya cukup kenal dengan lukisan itu ,sudah merata tempat terdapat sebahagian lukisan tersebut.Cuma apa yang bermain di fikiran ku .Siapa dia pelukisnya??
Akhirnya secara kebetulan memang pelukisnya ada bertugas di situ,seorang kawan mengenalkan aku dengannya ,dari jauh sahaja aku pandangnya .Memang sikap dan wataknya low profil tapi mudah tersenyum,mudah buat orang gembira.Aku ingin mendekatinya tetapi memandangkan waktu itu dia sedang bersembang ,aku rasa tidak beradab lah kalau aku terus menerjahnya.Lalu aku cuma simpan harapan moga terjadi perbualanku dengannya.
Alhamdulillah aku diizinkan berbual dengannya ,walaupun perbualan kami ringkas sebab kesempitan waktuku tapi ia bermakna buatku untuk mengenali seni itu .Aku menngelarkan dia Ustaz ,walau ku tahu semua staff di situ memanggilnya Pak Cik .Aku tanya soalan yang paling asas sekali
"bila ustaz mula melukis?"
dengan spontan dia menjawab sambil ketawa kecil.
"saya melukis dari kecil lagi ,dulu lukis kat tanah pakai kayu ranting"
aku pun turut ketawa kecil untuk meraikan kata-katanya.lalu kuteruskan soalanku
"Ustaz tinggal di mana?"
dia menjawab "saya lahir di Tangkak ,kemudian sudah berhijrah ke banyak tempat dan sekarang di sini (Mega)"
Baru ku tahu rupanya orang Tangkak ,"dekatlah dengan kampung halaman saya"jawabku dengan terkejut.kami pun berbual sekekita tentang tempat halaman kami .Katanya sudah lama tidak ke kampung halamannya .Sempat juga aku meluahkan rasa minatku terhadap lukisan2nya,dan aku berterus terang bahawa aku sangat minat melukis kartun,dan aku meminta nasihatnya untuk aku terus berkecimpung dalam bidang ini.Kata-katanya yang masihku ingat ialah.
"awak kalau nak terus melukis,awak kena latih tangan awak melukis aje,biar lali tangan dengan melukis,saya memang Tuhan dah bagi saya pada bidang ni,kalau orang saya suruh saya masak ,saya tak tahu, sebab bukan bidang saya,jadi kalau awk rase apa yang terbaik untu awak ,awak teruskan.."
Sungguh bermakna sungguh kata-katanya ,Insyaallah kalau diberi kekuatan akan kuteruskan di bidang ini.Aku melafazkan rasa terima kasih padanya sebelum aku beredar dari situ kerana urusanku masih belum selesai.
Di bahagian atas restoran itu terdapat sebuah bilik tempat kami beradu,di dalam bilik itu juga terdapat satu ruang kecil yang boleh memuatkan 2 orang sahaja.Ruang itu agak selerak dengan surat khabar lama,majalah2 lama gambar2 dan disinari dengan cahaya lampu kecil.Aku bertanya pada kawanku
"tempat apa tu?"
dia menjawab ,"itu la tempat Pak Cik berjuang".
Aku masih tidak faham kata-kata kawan ku itu yang penuh maksud tersirat.Aku cuba amati betul-betul,rupanya ada water colour,berus lukisan ,meja kecil yang dipenuhi kertas2 lukisan.Baru ku faham maksud kawanku itu .Itulah tempat Pak cik Rosdin berkarya.Kagum sungguh aku melihat tempat sebegitu boleh dia berkarya .
Menurut kawanku lagi pak cik Rosdin inilah yang membuat logo Kapalterbang MAS(Malaysia Airline)Lagi bertambah kagum aku dengannya.Tidak sangka orang yang macam pak cik Rosdin itu telah berjasa buat Malaysia .Harapan buat pak cik Rosdin dapat teruskan berkarya untuk Islam ,dan dapat menghasilkan lagi idea2 yang boleh bawa kami agar kenal,cinta dan takutkan Allah.Moga panjang umur dapat lagi bertemu dengan pak cik Rosdin yang aku sanjungi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan