Isnin, 30 Mac 2009
Masa muda remaja
hanya sekali saja
sayngilah masa muda mu
ia kena dijaga
kerana masa muda ia amat berharga
ia penyuluh masa depan manusia
masa muda ambillah perhatian
isilah dengan perkara yang berfaedah
carilah ilmu dn pengalaman
iman,harta dan juga kesihatan
remaja harapan
Masa muda remaja
jangan dipersiakan
engkaulah aset agama, bangsa dan juga negara
tenaga dan fikiranmu amat diperlukan
janganlah mudah dipersona oleh suasana
Lebih lagi Tuhan tidak berjanji
kita hidup sampai bila
remaja sedarlah
lebih lagi jangan dipengaruhi
nafsu ,syaitan durjana
remaja bangunlah
Remaja contoh
kaulah aset agma bangsa dan juga agama
Sabtu, 7 Mac 2009
SUFI
selangkah tirai kasihmu ku buka
engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada kasih..
Sufi kau rela pilih derita di dunia, biar rebah di hina kau tak berubah..
Kau menguasai selautan yang tersembunyi di genggaman,
nafi dan isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan..
Sufi kau hilang di pandangan, ada di dalam kenikmatan,
engkau dan dia pasti tidak akan terpisah..
Andai tertutup tirai sufi, yang terang tidak nampak terang, inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan..
Inginku tempuh titianmu, dari kekasih ke kekasih, pengabdianku bersamu kasih,
biar rebah di hina kau tak berubah..
Khamis, 5 Mac 2009
Rasulullah manusia agung lagi ajaib
yang paling disayangi oleh Allah,pada bacaan maulid ada menyatakan oleh kerana Nur Muhammad ini seluruh makhluk diciptakan ,terasa sungguh besar dan agungnya baginda,terasa terhutang budi pada baginda.Mengenang semula sejarah baginda berjuang rasa tidak termampu untuk kita menjejaki,macam-macam dugaan dan cabaran baginda hadapi oleh kaumnya sendiri,namun baginda masih sanggup mengorbankan diri demi untuk mengenalkan Tuhan kepada semua manusia,dan menegakkan hukum2 Tuhan di atas muka bumi ini.Keberanian Rasulullah sangat luar biasa ,mampu berhadapan dengan musuh sendirian ,pernah diacukan pedang pada leher baginda tetapi dirinya masih mengatakan Allahlah yang mampu selamatkan nyawanya hingga terjatuh pedang rang Quraish kerana gerun dgn kata-kata Rasulullah SAW.
Rasulullah melahirkan para sahabat ,yang mana para sahabat ini laksana bintang-bintang, kalau ikut salah satunya pasti akan dapat petunjuk.Luar biasanya sahabat ,ketaatannya pada Rasulullah sangat ketara, sanggup tinggalkan anak ,isteri demi hendak berjuang bersama Rasulullah .Hebatnya Rasulullah kerana mampu mendidik para sahabat sedemikian rupa.Itulah ilmu wahyu yang Allah anugerahkan pada baginda.
Hari ini,baginda tidak lagi bersama kita secara zahirnya,tapi utk kita kembalikan ingatan kita pada baginda ,bersalawat ,bermaulid ,berzanji dan yang lebih penting kita hayatilah peribadi,perjuangan dan sejarah baginda agar kita dapat mencontohi beliau dalam seluruh tindak tanduk kita dan amalan kita ,untuk kepentingan umat islam sejagat .
Menconteng bantu tingkatkan memori

ANDA mungkin nampak seperti tidak memberi perhatian ketika menconteng atau mencoret sesuatu tetapi kajian sains kini membuktikan sebaliknya. Para penyelidik di United Kingdom (UK) mendapati mereka yang menconteng di atas kertas semasa mendengar mesej yang direkodkan mampu mengingat semula mesej tersebut sebanyak 29 peratus lebih baik daripada mereka yang tidak berbuat demikian.
"Jika seseorang melakukan aktiviti yang membosankan seperti mendengar celoteh kawannya di talian telefon, dia mungkin tidak memberi tumpuan atau bermimpi pada siang hari," jelas seorang pengkaji, Profesor Jackie Andrade dari Sekolah Psikologi di Universiti Plymouth, UK.
"Tabiat ini akan menghalang mereka daripada fokus pada sesuatu tumpuan. Namun, tugasan ringan seperti menconteng sudah cukup untuk mengalih perhatian daripada sekadar bermimpi," jelasnya.
Dalam kehidupan seharian, perbuatan tersebut dilihat sebagai cara untuk kita kekal cergas dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.
p/s; seronok baca fakta ni,sebab aku la org paling suka menyonteng.Walaupun tak tahu sejauh mna kebenaran fakta ni.tapi mudah-mudahan takde yang sia-sianya apa yg menjadi hobi aku ni,kl boleh nk jadik kartunis,tapi setakat yang boleh je la...
Ahad, 22 Februari 2009
Salah siapa??!!

KUALA LUMPUR: “Kenapalah anak saya dihukum sehingga meninggal dunia. Jika apa pun kesalahan dia, janganlah buat hukuman sendiri,” kata Mohamad Din, 52, bapa pelajar Tingkatan Empat yang meninggal dunia selepas seminggu koma kerana dibelasah sekumpulan remaja.
Muhd Hadzrin Mohamad, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), kira-kira jam 1 pagi semalam di sisi ahli keluarganya.
Mangsa dibelasah sekumpulan 24 lelaki dipercayai juga pelajar pada jam 9.30 malam 13 Februari lalu didakwa berikutan perebutan teman wanita.
Berapa banyak lagi kah yang kita nak dengar perkara-perkara sebegini berlaku pada masyarakat kita??Perkara yang paling utama untuk kita ambil tindakan buat diri kita adalah tanamkan iman sama ada dalam diri,keluarga,dan masyarakat.Jalankan usaha dakwah dan tarbiyah samaada melalui lisan,tulisan,nasyid,berekonomi,bersosial,dan lain-lain.Dalam apa sahaja yang kita lakukan mestilah ada kaitan dgan kepentingan umat,bukan kepentingan diri.
Semarakkan bumi ini dengan nama Allah,dengan syariatnya.Barulah orang takut nak buat jahat,bukan takut kena hukum,kena tangkap polis,tapi takutkan Tuhan,takut azab Tuhan.Kalau semua manusia masing-masing hatinya dengan Tuhan,insyaallah jenayah akan berkurangan.Manusia akan menghormati hak-hak orang lain.
Tetapi mgkin bukan kita yg mampu mengubahnya .Hanya Allah sahaja yang mampu mengubahnya melalui orangNya.Mgkin kematian arwah Muhd Hadzrin Mohamad menjadi pengajaran buat kita agar perlunya mencari orang yang mampu mengubah keadaan seperti ini.Bukan pemimpin yang pentingkan diri,tapi pemimpin yang sangat takut dan cintakan Tuhan,yang mampu menghubungkan hati kita kepada Tuhan.Yang boleh menunjukkan jalan bagaimana mendidi umat agar kembali kepada jalan Allah yang sebenar.Marilah sama-sama kita berdoa agar agar dipertemukan dengan pemimpin yang berwatak Rasul, dan mewarisi kerja-kerja Rasul agar dunia ini disirami dengan iman dan taqwa.
Jumaat, 20 Februari 2009
SERIUS DALAM BERTAUBAT
- menyesal

- berhenti membua dosa dan maksiat
- berazam tidak mengulangi maksiat
- kalau dosa itu bersabit dengan orang lain,kena minta maaf atau minta halal darinya
Taubat yang penuh dengan penyesalan akan membawa perubahan pada diri,sikap dan tingkah laku seseorang.Sikapnya akan ketara bezanya dari sebelum-sebelumnya .Kalau sikap dan perangai masih belum berubah itu menunjukkan hatinya masih belum bersungguh-sungguh dan masih belum disertai dengan penyesalan .
Oleh itu ,empat syarat taubat sahaja tidak cukup .Atas dorongan perasaan sesal di hatinya,orang yang bertaubat itu perlu berusaha memperbaiki dirinya .Antara perkara-perkara yang patut diusahakan adalah seperti berikut:
- menambah ilmunya terutama ilmu agama
- menambah ibadahnya
- menukar kawannya dan memilih kawan yang baik dan sehaluan
- meninggalkan kemegahan dunianya
- berhenti daripada bangga dan sombong
- mengubah akhlak menjadi baik
- sentiasa berusaha berlaku benar
- jangan redha dengan maksiat
Orang yang benar-benar serius dalam bertaubat tentulah hatinya sangat mahukan dosa-dosanya diampunkan Tuhan .Dia tidak cukup sekadar empat syarat & usaha-usaha yang sudah disebutkan tadi,tyetapi hatinya sangat mencari-cari jalan,peluanag untuk berbuat baik,untuk menampung rasa serba salahnya dengan Tuhan kerana padanya tiada jaminan apa-apa bahawa Tuhan akan menerima taubatnya hanya di atas empat syarat tersebut.
Antara perkara-perkara yang seseoarng patut lakukan untuk menambah lagi kesungguhannya dalam menempuh jalan taubat ialah; Pertama ,dia akan rela menerima segala ujian dan mehnah dari Allah SWT.Dia akan berusaha untuk sabar dan redha dengan apa sahaja yang Tuhan timpakan padanya.Dia akan bersedia,tenang,terbuka dalam menghadapi ujian dari Allah.Walaupun ujian itu berat,pedih dan menyakitkan ,dia tetap berbaik sangka dengan Tuhan dan tidak akan berputus asa dari rahmat Allah SWT.Dia merasakan ujian yang Tuhan timpakan padanya sebagai satu penghapusan dosa,belum tentu baginya diterima taubat hanya sekadar menempuh 4 syarat tadi,tetapi Tuhan membersihkan dosanya melalui ujian.Hadis ada menyebut yang bermaksud
"Tidak terkena anak Adam itu walaupun satu tusukan duri melainkan diampunkan dosanya"
Kedua,dia akan membuat amalan kebajikan sebanyak-banyaknya kerana ini akan melenyapkan dosanya.Ada hadis yang bermaksud :
"Iringilah kejahatan kamu dengan sebanyak-banyaknya kebajikan ,nescaya ia akan memadamkan kejahatan kamu"
Amalan kebajikan di sini umum maksudnya .Ia termasuklah solat,puasa,wirid ,zikir ,baca Al quran ,berzakat,bersedekah,menolong fakir miskin dan orang susah dan sebagainya .Tetapi amalan kebajikan yang dipandang tinggi oleh Tuhan ialah berjihad dan berjuang.
Siapa yang berjuang dan berkorban untuk menegakkan agama Allah ,sama ada pada dirinya, keluarganya dan masyarakat umum ,maka Tuhan berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosanya .inilah sepatutnya menjadi pegangan orang yang serius dalam bertaubat .Dia patut mengorbankan diri,harta,jiwa dan raganya ke jalan Allah.Taubat sahaja tidak cukup dan tidak memadai.
p/s;Ringkasan dari tajuk dalam sebuah buku SIRAMAN MINDA susunan Mejar (B) Abu Dzar untuk peringatan buat diri yang selalu terlalai dan terleka,moga dikurniakan TAUBAT buat diriku,dan moga aku dapat ikut serta dalam barisan perjuangan yang menegakkan agama ALLAH di akhir zaman ini.
Menjadi penulis
pat s
ampaikan suatu mesej daripada hasil tulisannya sendiri.Sebaik-baik tulisan itu adalah yang berunsurkan nasihat ,hikmah yang boleh menyentuh hati sesiapa yang me
mbaca,sebagaimana kata sorang hukama' "pena lebih tajam dari mata pedang"mari kita lihat apa logiknya disebalik kata-kata hikmah ini.Memanglah secara zahirnya kita lihat pedanglah yang paling tajam,mampu menghunus ke dada musuh,senapang tu canggih sekali petik mampu membunuh ramai musuh,kalau mati musuh itu tidak memberi apa-apa kesan buat kita ,tetapi berbeza dengan tulisan yang mampu mengubah manusia,daripada buruk kepada baik,secara lahirnya tapi hakikatnya dengan izin Allah SWT,ia lebih besar manfaatnya daripada menghunuskan pedang ke perut musuh kerana ia mampu selamatkan manusia dari kesesatan .Perlu diigatkan perkara yang paling penting untuk kita menulis adalah persoalan2 ketuhanan,keimanan,ketaqwaan,yang boleh mengingatkan kita kepda Akhirat.Selain itu ilmu-ilmu islam yang lain seperti ilmu syariat ,tasauf dan lain-lain .untuk menulis yang berkaitan dengan ilmu dunia, seelok-eloknya dikaitkan dengan Tuhan juga,sebagai satu peringatan buat kita dan sesiapa yang membacanya agar sentiasa rasa bertuhan dalam kehidupan.
Kebanyakan ulama'-ulama' zaman dahulu menulis hasil daripada penghayatannya tentang ilmu-ilmu Islam ,setelah mengamalkan ilmu yang mereka pelajari, sebab itulah ilmunya sangat berkat dan kitab-kitab mereka tebal-tebal ,digunakan sampai sekarang ini.Selain itu ulama'-ulama' dahulu juga dianugerahkan ilmu ilham, iaitu ilmu yang secara langsung melalui rasa hati.Kerana bersihnya hati mereka ,kuatnya amalan mereka dengan Tuhan, sangat menjauhkan diri dengan maksiat. Tuhan menganugerahkan mereka ilmu-ilmu yang secara langsung dariNya .Ilmu yang datang secara ilham ini sangat payah dicari ,lebih-lebih lagi di akhir zaman ini ,kerana ilmu ini sahajalah yang mampu mengungkai masalah umat di sesuatu masa atau zaman .
Sebagai satu permulaan
Dimulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,terima kasih Tuhan atas rahmat dan nikmatNya menghidupkan aku lagi,mengizinkan aku lagi untuk menghirup udara yang dipinjamkanNya,moga aku dapat menggunakannya untuk jalan kebaikan ,terima kasih juga wahai Tuhan kerana menggerakkan hatiku,tanganku untuk menulis blog ini untukku berkongsi rasa ,pengalamanku pada semua orang,moga ada nilai di sisi Mu Ya ALLAH,kalau hendak dikira aku ini bukanlah orang yang pandai menulis atau pandai memberi pandangan secara terbuka, moga dengan blog ini aku dapat melatih diriku,agar pandai menceritakan sedikit sebanyak apa yang aku tahu,apa yang aku lihat,apa yang aku rasa & ape yang aku alami,moga sedikit sebanyak dapat memberi .manfaat buat diriku atau mungkin pada orang lain
Namum mata tak selalu celik,andai tulisan-tulisanku ini ade salah silap atau cacat-celanya harap dapat maafkan,kalau boleh betulkan,moga kita dapat berrkongsi apa-apa ilmu dalam kita belajar,berfikir dan lebih-lebih lagi ilmu itu tujuannya untuk diamalkan..., memang patut kita berkongsi untuk ditambah amal bakti kita pada Tuhan
Akhir sekali aku berlindung pada Mu Ya Allah daripada penyakit hati,atau huzuzunnafsi ketika aku menulis blog ini,moga2 Engkau istiqomahkan kan aku dalam menulis blog ini,dan rezekikanlah kami agar aku dapat amal apa yang aku tulis ini