Khamis, 5 Mac 2009

Rasulullah manusia agung lagi ajaib

Berbaki 5 hari sahaja lagi kita akan menyambut hari keputeraan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Sudah kedengaran di merata tempat suara-suara memuji Rasulullah,mengenang jasa besar baginda juga melahirkan rasa syukur, atas pengorbananyalah kita dikurniakan iman dan islam kalau di Mesir ini sudah kelihatan kedai-kedai yang menjual halawiyat(manisan) sebagai tanda Maulidurrasul akan tiba,ada juga setengah-setengah kedai menjual patung baby (tak tau apa sebabnya)namun sebagai umat Islam kita patut membesarkan hari keputeraan Baginda supaya dapat menghidupkan rasa bersyukurnya kita kerana diberikan pada kita seorang Rasul yang sangat mulia di sisi Tuhan.Baginda lah kekasih Allah ,orang yang paling disayangi oleh Allah,pada bacaan maulid ada menyatakan oleh kerana Nur Muhammad ini seluruh makhluk diciptakan ,terasa sungguh besar dan agungnya baginda,terasa terhutang budi pada baginda.

Mengenang semula sejarah baginda berjuang rasa tidak termampu untuk kita menjejaki,macam-macam dugaan dan cabaran baginda hadapi oleh kaumnya sendiri,namun baginda masih sanggup mengorbankan diri demi untuk mengenalkan Tuhan kepada semua manusia,dan menegakkan hukum2 Tuhan di atas muka bumi ini.Keberanian Rasulullah sangat luar biasa ,mampu berhadapan dengan musuh sendirian ,pernah diacukan pedang pada leher baginda tetapi dirinya masih mengatakan Allahlah yang mampu selamatkan nyawanya hingga terjatuh pedang rang Quraish kerana gerun dgn kata-kata Rasulullah SAW.

Rasulullah melahirkan para sahabat ,yang mana para sahabat ini laksana bintang-bintang, kalau ikut salah satunya pasti akan dapat petunjuk.Luar biasanya sahabat ,ketaatannya pada Rasulullah sangat ketara, sanggup tinggalkan anak ,isteri demi hendak berjuang bersama Rasulullah .Hebatnya Rasulullah kerana mampu mendidik para sahabat sedemikian rupa.Itulah ilmu wahyu yang Allah anugerahkan pada baginda.

Hari ini,baginda tidak lagi bersama kita secara zahirnya,tapi utk kita kembalikan ingatan kita pada baginda ,bersalawat ,bermaulid ,berzanji dan yang lebih penting kita hayatilah peribadi,perjuangan dan sejarah baginda agar kita dapat mencontohi beliau dalam seluruh tindak tanduk kita dan amalan kita ,untuk kepentingan umat islam sejagat .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...