Ahad, 14 Ogos 2011

Wahai Ali,

Wahai Ali,
bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

1.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2.Tidak terpesona dengan pujuk rayu wnita.

3.Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.


Wahai Ali,
bagi orang yang alim itu ada 3 tanda-tandanya: 

1.Jujur dalam berkata-kata.

2.Menjauhi segala yang haram.

3.Merendahkan diri.


Wahai Ali,

bagi orang yang taqwa itu ada 3 tanda-tandanya:

1.Takut berlaku dusta dan keji.

2.Menjauhi kejahatan.

3.Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,

bagi orang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:

1.Merahsiakan ibadahnya.

2.Merahsiakan sedekahnya.

3.Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali,

bagi ahli ibadah ada 3 tnda-tandanya:

1.Mengawal dirinya.

2.Menghisab dirinya.

3.Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Ahad Ramadhan

Hari Ahad ,tengahari yang hening,duduk sorang-sorang menunggu pelanggan di bawah kedai World of Herbs.Sesekali dihinggap rasa bosan,sesekali kebosanan terubat dengan kawan² di fb.

Perut mula mengelegak lapar,akibat tak sahur pagi tadi,walaupun fikiran masih waras ,sesekali terdetik untuk batalkan puasa...

Tapi aku masih boleh bertahan,insyaallah sampai ke penghujung...:)

Ahad, 27 Mac 2011

Karya dari Utara

I'm just want to share my artwork's friend from Kampar ,Perak .Walaupun tulisan tak berapa jelas nak baca,tapi it's a good artwork for me..let's chek it out!!


***click a picture to large size.

Jumaat, 25 Mac 2011

Second Time

Hari ni second time aku kena jadi MC majlis.I'm so nervous but first time expirent will teach me ..:) .Sememangnya aku ni tak minat untuk bercakap depan khalayak ramai,sebab tak selesa dengan pandangan mata orang yang memfokuskan matanya ke kita..itu biasanya menjadi kekalahanku..erk!!

But i'm trying to do somenthing better for this event,aku tak nak bagi malu pada semua guru².Hopefully i'm did somthing better for today.Lastly let's check out , best speech from Man Raja lawak..:)

Khamis, 24 Mac 2011

Menjengah Rindu

Menjengah rindu pada blog yang usang ni,lamanya tak update.Sebab tak sempat ,kesibukan yang melanda tak dapat dikawal, kalau ada waktu free pula,tak terfikir nak update blog ni..so,di kesempatan ini ingin aku meng'update'kan blog ini supaya ,mudah-mudahan aku dapat meng'update'kan diri.:)

Sebenarnya kalau nak diikutkan takde cerita menarik pun aku nak update,tu yang kadang-kadang malas nak update.:)

Tapi aku cerita je la apa² yang berlaku hari ni ye,memandangkan aku ni tak pernah cita pengalaman aku jadi "ustaz" kan.Jadi aku nak cerita sikit.cecite..cecite..!!

Seronok sebenarnya jadi Cikgu ni,sebab dapat ramai anak..anak apa?? anak murid la..macam² perangai ada kat pada anak-anak ni.Kadang-kadang menghiburkan ,kadang-kadang buat darah aku naik.Tapi dah lumrah Cikgu ni kan..kena didik juga yang baik dan yang buruk perangainya.

Aku pun bukan jenis cikgu yang suka marah² sebab aku pun tak pandai nak marah sangat.Tapi kalau aku marah rasanya tangan naik ke muka..huhuhu takut tak?? heheh tapi jarang berlaku la..banyaknya aku control tapi kalau berlaku juga,nak buat camne kan.Tapi nasib baik setakat ni takde yang ngadu kat parent cakap aku ni garang.Bagus anak murid aku ..:)

Ok tu sahaja la catatan hari ni..nak cerita lebih,insyaallah kalau diberi kekuatan untuk menulis.Good night to youall yang bace entri ni,insyaallah kalau ada masa nnti aku jelajah ke seluruh blog² yang cool sudi coment kat blog aku ni,,thanks..:)

Sabtu, 29 Mei 2010

AKHLAK DENGAN ALLAH SWT


Adapun akhlak yang baik menurut ukuran Islam terbahagi dua:

1. Akhlak pada ALLAH.
2. Akhlak pada makhluk khususnya manusia.

Bentuk-bentuk akhlak dengan ALLAH di antaranya ialah:

1. Sabar atas kesusahan yang ALLAH timpakan. Kesusahan itu mungkin berbentuk sakit, miskin, kematian orang yang dikasihi, bencana seperti kebakaran, banjir, angin taufan atau kemarau dan lain-lain.
Semua itu adalah takdir yang mustahil dapat kita elakkan. ALLAH rasakan pada kita sebagai ujian hidup yang tidak boleh tidak mesti kita hadapi. Maka hendaklah kita menerima dengan sabar.

2. Redha dengan ketentuan ALLAH. Kita semua berharap untuk menjadi senang, pandai, cantik, berhasil dan bermacam-macam kesenangan hidup, tapi tidak selalu dapat dicapai. Itulah kehendak ALLAH. Dia berbuat mengikuti kehendak-Nya. Maka hendaklah kita redha dengan pemberian dari Zat yang maha bijaksana itu.

3. Tawakal pada ALLAH. Sebenarnya kerja dan usaha atau ikhtiar kita bukanlah penentu kejayaan yang kita harapkan. ALLAH memerintahkan kita berusaha atau berikhtiar hanya sebagai jalan atau sebab untuk mencapai kejayaan. Yang menentukan jaya atau gagalnya ialah kuasa dan kehendak ALLAH. Sebab itu usaha dan ikhtiar kita mestilah diiringi dengan rasa tawakal atau menyerahkannya pada ALLAH tanpa ragu dan bimbang.

4. Baik sangka dengan ALLAH. Sudah diketahui bahwa nasib apa saja yang menimpa kita atau orang lain adalah pemberian ALLAH. Buruk atau baik semuanya takdir dari ALLAH. Kita sebagai hamba yang lemah dan bodoh mesti menerima baik setiap yang ditakdirkan dan berbaik sangka dengan ALLAH bahwa ALLAH yang Maha Bijaksana itu, mustahil akan melakukan sesuatu yang tidak berguna (sia-sia) atau merugikan hambanya. Bukanlah sifat ALLAH suka menyiksa hamba ciptaan-Nya. Ia hanya menguji dan mengajar hamba-Nya.

Kalau kita mempunyai sangka jahat pada ALLAH, itu adalah dosa besar, sebagaimana firman-Nya :

“Sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa.“(Al-Hujurat : 12)

5. Malu dengan ALLAH. Kalau kita melakukan satu kesalahan dan kesalahan itu kelihatan oleh orang lain, akan timbul rasa malu dan kesal di hati kita. Begitulah sepatutnya perasaan kita dengan ALLAH. Kita malu pada ALLAH untuk membuat dosa dan kesalahan, sebab ALLAH senantiasa melihat dan memperhatikan setiap pekerjaan yang kita lakukan. Dan kalau tanpa sengaja membuat dosa hendaklah timbul rasa kesal yang teramat dalam dan malu yang sebenarnya di samping segera bertobat, memohon ampun pada ALLAH SWT.

6. Syukur pada nikmat pemberian ALLAH. Setiap kali kita mendapat kejayaan, keuntungan dan nikmat hidup apapun hendaklah kita rasa bahwa itu adalah pemberian ALLAH, bukan buatan kita sendiri. Oleh kerana itu berterima kasih atau bersyukurlah pada ALLAH. Dan banyakkanlah sembah sujud, tasbih dan tahmid kita padanya serta menggunakan nikmat itu sebagai alat untuk lebih berbakti dan bertakwa padanya. Jangan sayang untuk mengorbankan sedikit dari nikmat itu untuk agama, masjid, rumah ibadah, pengajian atau fakir miskin.

7. Takut pada ALLAH. Semua manusia mempunyai rasa takut. Takut pada segala hal yang berbahaya dan mengancam keselamatan dirinya. Bagi orang yang berakhlak dengan ALLAH, dia hanya takut pada ALLAH, sebab hanya ALLAH yang dapat menentukan nasib dirinya. Sedangkan yang lain, walaupun sekuat dan sehebat apapun, adalah makhluk ALLAH yang tidak memiliki kebolehan dan kekuasaan apa-apa kalau tidak dengan izin ALLAH. Dengan keyakinan itu manusia tidak pernah gentar untuk memperjuangkan hukum-hukum ALLAH. Tidak takut pada ancaman, cemuhan, fitnah dan penghinaan dari manusia. Dia hanya takut pada ancaman ALLAH atau penghinaan dan hukuman dari ALLAH.

8. Rendah hati, merasa diri hina, dan lemah. Yang kuat dan hebat ialah ALLAH.

9. Rasa qana’ah, merasa cukup dan memadai dengan apa yang ada. Itulah salah satu bentuk-bentuk akhlak dari manusia kepada ALLAH.

Akhlak itu terpancar dari hati yang beriman dan kuat beribadah pada ALLAH. Akhlak adalah tanda menunjukkan pribadi seseorang. Tanpa akhlak itu manusia dikatakan biadab dengan ALLAH. Atau dengan kata lain manusia itu telah kurang ajar dengan ALLAH. Alangkah hinanya seseorang yang mendapat gelaran itu.

Khamis, 20 Mei 2010

Streamyx

Gile ar..kt kampung pn da boleh online skrg,baru pasang wireless streamix,blh la tahan,tp mahal skit la berbanding yang lain,tp tak perlu risau la.Janji blh online,insyaallah blh buat duit,blh tampung bayar sume..hehehe
Esok last day student SA Bukit Tunggal exam.Seronok la diorang tp jawab soalan pn ntah pape je,pening aku nk tande jawapan diorang.

Hari ni adek aku merajuk plak,sebab aku tak mesej dia dari pagi sampai malam.Harap die cepat sejuk,kl die tak sejuk jugak nnti aku pasangkan aircond kt badan die.

Ok dah malam ni ,nak buat pape yg boleh mendapatkan manfaat

Selamat malam

Selasa, 16 Mac 2010

Sekian lama

Dah bersemak samun da blog ni..da lame gile tak jenguk.nk tulis ape pn da tak tau..tulis je la pape yg terlintas ni..aku pn tgah pening nk isi mase kosong ni ..dari buat bnde yg xde faedah baik aku tsharekan pape yg aku nk share dlm hati & fikiran ni..

Sambil tgok tv cite magik David Blaine ni ,dan tga terfikir2 ape plan utk reunion utk dak2 aku nnti ape bnde la yg nk isi time tu ..nk isi bnde yg ade nilai tarbiah dlm mase same tak nk singgung perasaan sesape..susah gak tu..bab2 camni kdg bt org sensitif bgi sesetgah org..

ape2 pn maggi saya sudah kembang..

Sabtu, 19 Disember 2009

ZIKRULLAH, WIRID DAN TAHLIL

Semua ibadah-ibadah zikrullah ini kalau dikerjakan dengan betul akan
meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan, serta kebahagiaan di
hati.

Firman Allah:
Terjemahannya: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan
tenang.
(Ar Ra'd: 28)

Syaratnya mestilah ibadah itu dilakukan dengan beradab, difahami dan
dihayati maksudnya. Misalnya kita menyebut Subhanallah mestilah
diberitahu hati bahawa Maha Suci Allah dari kekurangan yang disifatkan
pada-Nya.

Bila menyebut Alhamdulillah resapkan di hati bahawa segala puji bagi
Allah, segala kebaikan, nikmat dan rahmat yang memenuhi langit dan bumi
adalah kepunyaan Allah. Kenangkan segala pemberian Allah pada kita
semasa menyebut pujian itu supaya dengan itu akan terasa hubungan kita
dengan Allah.

Begitu juga ketika menyebut Allahu Akbar sedarkan hati bahawa Allah Maha
Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Pentadbir seluruh langit dan
bumi. Rasailah betapa kerdilnya kita di bawah pemerhatian Allah yang
hebat itu.

Sabtu, 15 Ogos 2009

AKU CEMAS KEDATANGAN RAMADHAN

ADUH! Susahnya hatiku bila berhadapan
dengan Ramadhan
Macam ada benda yang tidak kena
Aku cemas selalu dengan kedatangannya
Kalau aku tidak menyambut kedatangannya
dengan sebaik-baiknya
Padaku kedatangan Ramadhan
macam kedatangan tetamu yang sangat mulia
Kedatangan seorang yang mulia dan terhormat
Ketibaan seorang yang dikenali dan dihormati
Seorang yang disayangi dan dipuja
Idola semua dan bersama
Aduh orang macam ini bagaimana aku hendak
menyambutnya? !
Serba tidak kena
Aduh bimbangnya, cara mana dan bagaimana
aku hendak memuliakannya
Sesuai dengan kebesarannya
Secucuk dengan mulia dan kemasyhurannya
Kerana itu kedatangannya aku cemas selalu
Kalau aku tidak beradab dengannya
Aku takut mencacatkan maruahnya
Dia adalah orang besar
Yang patut kita sambut sesuai dengan kebesarannya
Kalau dia tidak datang lebih baik rasanya
daripada kedatangannya
Tapi sudah ketentuan Allah
setahun sekali dia mengunjungi kita
Kita sambutlah dia dengan penuh kecemasan
dan bimbang

Sabtu, 8 Ogos 2009

H1N1@Selsema babi:Bunyinya azab Hasilnya indah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Satu pengorbanan
Korban H1N1
Terutama yang meninggal dunia
Demi sampai beralihnya
Suasana dunia dan wajah manusia
Dari kegelapan dan kekufuran
Kepada cahaya kebenaran
Semuanya dikira cukup berjasa

Tak mungkin Tuhan yang baik
Akan mensia - siakan
Pengorbanan dan Kematian mereka
Diterima baik oleh Tuhan
Kini mereka bahagia bersama Tuhan disana
Mati secara tidak sedar, mati secara pelan2
Disisi Tuhan adalah syahid

Bunyinya azab
Hasilnya indah
Tuhan lakukan ujian itu
Sebagai penghapusan dosa
Kematian mereka berjasa

Menukar dunia yang berdosa
Kepada dunia yang sejahtera
Ertinya semua tangisan itu
Tangisan kegembiraan
Lalu apa lagi
Mahu dikesalkan dan disedihkan
Melainkan menunggu khabar gembira
Yang pasti Tiba
Marilah BerTaqwa kepada Tuhan
Yang punya segala-galanya
SEGALANYa....


Isnin, 3 Ogos 2009

Orang tanye kita jawab...


Semalam aku ditanya dengan macam2 soalan dari sorang student USIM.Banyak juga persoalan yang dia timbulkan.Tentang isu semasa dan sejarah,mmg aku exited nak jawab segala persoalalam nnya,antara soalannya yang aku ingat,Adakah Islam tu radikal?

Ape ea maksud radikal dgn tepat ? aku pn tak tau..dia bgtau radikal tu cam ganas ,sanggup bunuh utk dapatkan sesuatu smthing like that la..hmmm..dgan ilmu A yang pernah aku baca dan fahami aku jawab lah..ikut dalam sejarah Rasulullah tu dalam peperangan tak pernah bunuh orang walaupun ada peluang untuk bunuh,sbab Rasulullah SAW mementingkan nak selamatkan orang itu berbanding nak bunuh dia..bukanlah perjuangan islam tu kerja nak bunuh orang je..tapi nak selamatkan orang islamkan orang.

Macam mana pula perang tu boleh islamkan org?sedangkan perang tu kan bunuh2 org? Peperangan dlm islam hanya nak tunjuk kebesaran Allah SWT apabila tentera yang sedikit boleh mengalahkan tentera yang ramai.Baru nampak kehebatan Islam ,orang akan lebih yakin dgn kekuatan Islam ,Hakikatnya kekuatan umat Islam tu terletak pada kekuatan rohani,bukan kekuatan fizikal dan bukan majoriti.

Macam mana pula keadaan kat Malaysia yang buat demonstrasi pastu sebu sebut jihad,takbir Allahuakbar..!! betul ke dia jihad tu? Jihad yang paling utama adalah jihad terhadap nafsu & syaitan dalam diri,maksudnya baiki diri dulu baru blh nak baiki orang lain.Kita menentang kezaliman tapi diri sndiri masih zalim dgan Allah,kita mahu tegakkan keadilan ,tapi diri sndiri masih x adil dgan org.Kita nak Islam tu tertegak dalam masyarakat,tapi diri sendiri masih kurang mengamalkan suruhan Allah,kadang2 benda haram & makruh pun kita buat .Macam mane nak suruh orang lain buat dlam keadaan kita pun belum buat lagi?

Inilah sedikit sebanyak ilmu yang aku fahami yang boleh aku sampaikan,walau masih kurang tapi kalau orang dah tanya jawab je la selagi mana kita boleh jawab..ytanks kpada orang yang bertanya..

Sabtu, 11 Julai 2009

Benda baru

Da lama x posting da ni,byk sebab lame aku da x posting..satu sebabnya line internet asyik2 putus,ni baru 2 hari lpas 2 hari da xde line,so x dapat ar aku nk posting2 kt blog aku ni..tapi hari ni sbb nak meraikan sesuatu yg baru kat idupaku ni ,aku pn nak berposting gak la..agak2 ape bnde yg baru kt idup aku ni..??sape terror teka ar..

Teeet..!! masaa da abis jawapnnya bukan awek baru.Jawapannya aku baru beli laptop baru,heheheh..da lame da ngidam nak beli ni..tapi alhamdulillah sekarang Tuhan makbulkan.Moga pemberian dari Tuhan ini berserta rahmat & kasih sayangnya ,dan moga aku dapat gunakannya pada jalan kebaikan,amin..

Jenama emachines salah satu anak syarikat acer.Boleh tahan besar gak la hard disk die 320 gb,dengan ram yang 20 gb & intel pentium dual core,tapi 1 je yg kurang best screen lebar ..15.6",tapi ok je la..asalkan aku blh buat kje aku..kire ok la...harge pn leh tahan la..2900 genih lebih kurang rm1700.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...