Khamis, 1 Disember 2011

Mesir tetap di hati


Aku berjalan dan berlari di atas tanahnya,
Berbual dan bergaul dengan orangnya,
Makan dan minum apa yang mereka rasa,
Merasa sejuk dan panas cuaca di sana,

Itulah Mesir yang menjadi kenangan
3 tahun di sana begitu mengusik kenangan
datang ke sana bersama impian
tapi apakan daya Tuhan yang menentukan
aku pulang bersama seribu persoalan

Namun bukan di sana akhirnya
Jalan untuk berjaya tiada sudahnya
Asalkan diri perlukan pimpinannya
Membawa semangat di sana
Untuk menabur bakti di Malaysia

Selasa, 29 November 2011

Hajat tercapai di Awal Muharam


Antara hajat yang penting telah pun tercapai dengan izin Allah.Sungguh terharu dan terkesima dapat menziarahi makam sesorang yang aku sanjung,Di masa hayatnya aku tidak diizinkan bertemu denggannya,Allah izinkanku menziarahi ke makamnya,Alhamdulillah...sungguh tenang keadaan suasana di Kampung Pilin ,Rembau Negeri Sembilan.Jarang sekali menikmati suasana sebegitu,inilah keberkatan waliyullah yang bersemadi di situ.

al fatihah untuk guruku,mushidku,pemimpinku..

Isnin, 24 Oktober 2011

Ruang sunyi


Berada di ruang sunyi,sendiri,seolah² bertapa di dalam Gua ,tapi tak bertapa, hanya melepak melayani fikiran sendiri,merenung kekurangan ini,memikir untuk menampungnya kembali,berdoa menginsafi diri,

jangan ada perasaan putus asa ,atas rahmat Allah,kerana rahmat dan kasih sayangNya tidak pernah padam,

kerana mengenangkan itu terbangun sedikit perasaan ,kerana esok masih ada lagi ,moga ruang yang Tuhan beri dapat digunakan sebaiknya.


Isnin, 17 Oktober 2011

Mencari Ilmu


Mencari ilmu mudah,

mengamalkan ilmu susah,

menghayati ilmu pun payah,

tapi semua itu tuntutan dari Allah,

untuk setiap manusia yang telah bersumpah,

hidup dan matinya lillahi ta’ala,

Ya Allah bukakanlah hatiku untuk menerima ilmuMu yang mencurah,

Berikanlah aku untuk menngamalkan ilmuMu dengan mudah,

Moga aku dapat hayati ilmu itu hinggalah aku kembali ke dalam tanah.

Rabu, 31 Ogos 2011

Sebelum SUBUH


Sebelum SUBUH
Aku BERSIMPUH
seperti LUMPUH
Tapi tak JATUH
Jari-jari LENGUH
Di laptop AMPUH
Berhidangkan CELARUH
Bersiapkan PARUH
Bertongkatkan lautan RIMBUH

Selasa, 30 Ogos 2011

Raye lagi..


Raya kali ini berbeza sekali
Bukan kerana suasana mati
Tapi kerana terasa lapang di hati
Ada sebahagian perkara setle sendiri

Tambahan pula dah ada kenderaan sendiri
Alhamdulillah syukur pada Illahi
Mengurniakan kemudahan untuk hambaMu yang tak layak ini
Malu rasa di hati,moga dapat aku gunakan ke arah pembangunan diri

Raya kali ini seperti tahun2 sebelum ini
bersama keluarga yang sentiasa di sisi
pengalaman pernah beraya sendiri
Mungkin akan datang beraya di rumah keluarga satu lagi

Akhir sekali,salah silap harap diampuni
Segala perilaku yang tak disenangi,jangan ambil hati
kepada seluruh keluarga,rakan²,anak² murid,tak lupa juga pada buah hati
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk tahun ini..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sahur

Sahur di penghujung,
Imsak mengunjung,

Hati termenung,
Jiwa mengusung,

Akal berselindung,
Mata berpayung,

Badan menghuyung,
Tangan menggulung,

Menanti waktu terulung,
Waktu diri menyembah Yang Maha Agung.

Ahad, 14 Ogos 2011

Wahai Ali,

Wahai Ali,
bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

1.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2.Tidak terpesona dengan pujuk rayu wnita.

3.Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.


Wahai Ali,
bagi orang yang alim itu ada 3 tanda-tandanya: 

1.Jujur dalam berkata-kata.

2.Menjauhi segala yang haram.

3.Merendahkan diri.


Wahai Ali,

bagi orang yang taqwa itu ada 3 tanda-tandanya:

1.Takut berlaku dusta dan keji.

2.Menjauhi kejahatan.

3.Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,

bagi orang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:

1.Merahsiakan ibadahnya.

2.Merahsiakan sedekahnya.

3.Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali,

bagi ahli ibadah ada 3 tnda-tandanya:

1.Mengawal dirinya.

2.Menghisab dirinya.

3.Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Ahad Ramadhan

Hari Ahad ,tengahari yang hening,duduk sorang-sorang menunggu pelanggan di bawah kedai World of Herbs.Sesekali dihinggap rasa bosan,sesekali kebosanan terubat dengan kawan² di fb.

Perut mula mengelegak lapar,akibat tak sahur pagi tadi,walaupun fikiran masih waras ,sesekali terdetik untuk batalkan puasa...

Tapi aku masih boleh bertahan,insyaallah sampai ke penghujung...:)

Ahad, 27 Mac 2011

Karya dari Utara

I'm just want to share my artwork's friend from Kampar ,Perak .Walaupun tulisan tak berapa jelas nak baca,tapi it's a good artwork for me..let's chek it out!!


***click a picture to large size.

Jumaat, 25 Mac 2011

Second Time

Hari ni second time aku kena jadi MC majlis.I'm so nervous but first time expirent will teach me ..:) .Sememangnya aku ni tak minat untuk bercakap depan khalayak ramai,sebab tak selesa dengan pandangan mata orang yang memfokuskan matanya ke kita..itu biasanya menjadi kekalahanku..erk!!

But i'm trying to do somenthing better for this event,aku tak nak bagi malu pada semua guru².Hopefully i'm did somthing better for today.Lastly let's check out , best speech from Man Raja lawak..:)

Khamis, 24 Mac 2011

Menjengah Rindu

Menjengah rindu pada blog yang usang ni,lamanya tak update.Sebab tak sempat ,kesibukan yang melanda tak dapat dikawal, kalau ada waktu free pula,tak terfikir nak update blog ni..so,di kesempatan ini ingin aku meng'update'kan blog ini supaya ,mudah-mudahan aku dapat meng'update'kan diri.:)

Sebenarnya kalau nak diikutkan takde cerita menarik pun aku nak update,tu yang kadang-kadang malas nak update.:)

Tapi aku cerita je la apa² yang berlaku hari ni ye,memandangkan aku ni tak pernah cita pengalaman aku jadi "ustaz" kan.Jadi aku nak cerita sikit.cecite..cecite..!!

Seronok sebenarnya jadi Cikgu ni,sebab dapat ramai anak..anak apa?? anak murid la..macam² perangai ada kat pada anak-anak ni.Kadang-kadang menghiburkan ,kadang-kadang buat darah aku naik.Tapi dah lumrah Cikgu ni kan..kena didik juga yang baik dan yang buruk perangainya.

Aku pun bukan jenis cikgu yang suka marah² sebab aku pun tak pandai nak marah sangat.Tapi kalau aku marah rasanya tangan naik ke muka..huhuhu takut tak?? heheh tapi jarang berlaku la..banyaknya aku control tapi kalau berlaku juga,nak buat camne kan.Tapi nasib baik setakat ni takde yang ngadu kat parent cakap aku ni garang.Bagus anak murid aku ..:)

Ok tu sahaja la catatan hari ni..nak cerita lebih,insyaallah kalau diberi kekuatan untuk menulis.Good night to youall yang bace entri ni,insyaallah kalau ada masa nnti aku jelajah ke seluruh blog² yang cool sudi coment kat blog aku ni,,thanks..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...