Khamis, 30 April 2009

1 soalan 10 jawapan

Sepuluh orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali k.w.j secara bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza-beza.

Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"
" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali.
" Apakah alasan tuan berkata dernikian?"

Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."

Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "
Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya."
Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab: "Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "

Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. "
Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.
Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian."
Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."

Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan."
Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."

Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina Ali tetap mangatakan ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Akhirnya sepuluh orang pembesar Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya. Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.
Kata Sayidina Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama, aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku."

Jumaat, 24 April 2009

IMTIHAN:ujian & harapan

Bermula lagi episod perjuangan yang belum selesai yang patut kita harungi dalam alam belajar ini.Perjuangan dalam menimba ilmu ,perjuangan harus menempuh ujian.Dalam imtihan inilah ujian kita.Untuk menguji lagi kekuatan mental kita,sama ada IQ kita pada tahap abqori,cerdik,pintar,pandai,pandai biasa,lemah,bodoh,atau lembab.Kerana itulah ujian peperiksaan ini dilakukan .Untuk melihat sejauh mana akal kita berfungsi,kerana makanan bagi akal kita adalah ilmu,kalau akal kita ini dibiarkan tanpa makanan ilmu,ia akan jadi lemah hendak berfikir,atau jadi malas hendak berkir,bila keadaan ini berlaku,kita akan jadi lambat bertindak,sekaligus menjadikan diri kita lembab,jumud dan lain-lain.

Namun dalam kita berhadapan dengan proses meningkatkan daya akal kita,perlu juga diigatkan ,ada satu lagi unsur dalam diri kita yang tidak boleh kita biarkan tanpa makanan.Unsur yang dimaksudkan itu adalah roh kita,atau jiwa kita.Dalam kita sibuk menghidangkan makanan ilmu untu akal,perlu juga kita menyediakan santapan untuk rohani kita.Apa pula makanan bagi rohani kita? Makanan bagi rohani kita adalah berzikir mengingati Allah dalam hati,lidah dan pada perbuatan kita ,selain itu memang terlalu banyak amalan yang boleh menghidupkan jiwa antaranya banyakkan selawat,baca Al Qur'an serta menghayatinya,menghadiri majlis-majlis ilmu,bertahajud,berpuasa sunat dan lain-lain.

Jadi bagi kita sebagai seorang yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu ,perlu kita kuatkan kedua-dua nya sekaligus,biar sama tinggi akal dan roh kita naik ,bermakna semakin tinggi akalnya semakin tunduk dia kepada Allah SWT.Orang boleh rujuk macam-macam ilmu dengan kita,dalam masa yang sama hati kita tetap bersama Allah SWT .Inilah kekuatan yang perlu kita bina dalam diri kita,tidak hanya memikirkan kekuatan mental kita semata tetapi soal rohiyyah kita perlu juga ditingkatkan bersama.

Sebagai akhir coretan saya ini,saya ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan yang sedang atau akan menghadapi imtihan selamat berjuang memartabatkan ilmu dan amal untuk meninggikan lagi kalimah Allah di muka bumi ini.

Khamis, 9 April 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

*Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
*Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
*Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
*Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
*Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah


Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 mahupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.


"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarabbal a'lamin...."

Rabu, 8 April 2009

Antara 2 tempat

Bila berada di sini ,teringat di sana.Bila berada di sana teringat di sini.Macamtu lah hati & fikiran sentiasa sahaja berbolak balik,mudah sahaja fikiran ini memikir-mikir apa yang ada di sana.Tapi bila berada di sana ,mungkin sama sahaja tiada hasilnya.Hati ini terlalu halus perjalanannya ,kadang-kadang kemahuannya didorong oleh hawa nafsu & syaitan .Adakalanya terdorong pula untuk memikirkan tentang Tuhan & Akhirat.Semua ini berlaku adalah kehendak Tuhan,Tuhanlah yang membolak-bailkkan hati manusia ini.Resahnya hatiku bila memikirkan diri ini .Dengan dosa yang banyak ini ,bila seruan dah memanggil untuk menghadapnya ,aku rasa pasti tewas di sana nanti.Aku harap pada Mu Ya Allah Matikanlah aku ketika ku mengingati-Mu,janganlah matikan aku di waktu aku melupai-Mu atau derhaka pada-Mu.Aku takut Ya Allah kalau aku tidak sempat bertaubat Engkau mnarik nyawaku.Aku takut bila amalanku dihisab kelak pasti aku terkandas,Bila berada di sana baru aku akan menyesal ,kerana derhaka padaMu Ya Allah ,pasti aku akan rasa ingin kembali samula di dunia untuk tebus dosaku,tapi waktu itu sudah tidak berguna,pintu amalan sudah ditutup,hanya tunggu pengadilan yang seadil-adilnya dariMu Ya Allah.Aku berharap agar Engkau dengar rintihan hatiku ini,Berilah aku pemimp[in yang boleh menunjukkan jalan kepada -Mu Ya Allah.

Sabtu, 4 April 2009

Pak Cik Rosdin Sadin yang kukenali


Aku jumpa dia waktu aku ditugaskan untuk belajar masak di Restoran Mawaddah Mega Damansara.Ketika duduk2 kerana keletihan seharian bertugas .Mataku meleret pada satu objek yang dinamakan album gambar.Aku mengambilnya tanpa segan silu,lalu membukanya dengan penuh ta'jub dan diselang seli dengan rasa kagum.Apa yang aku terlihat adalah himpunan lukisan sejak dari tahun 1980-an .Lukisan penuh dengan makna,nampak ringkas dan padat ,penuh warna-warni dan yang paling ku kagumi semua lukisannya bermesejkan Islam.Aku sebenarnya cukup kenal dengan lukisan itu ,sudah merata tempat terdapat sebahagian lukisan tersebut.Cuma apa yang bermain di fikiran ku .Siapa dia pelukisnya??

Akhirnya secara kebetulan memang pelukisnya ada bertugas di situ,seorang kawan mengenalkan aku dengannya ,dari jauh sahaja aku pandangnya .Memang sikap dan wataknya low profil tapi mudah tersenyum,mudah buat orang gembira.Aku ingin mendekatinya tetapi memandangkan waktu itu dia sedang bersembang ,aku rasa tidak beradab lah kalau aku terus menerjahnya.Lalu aku cuma simpan harapan moga terjadi perbualanku dengannya.

Alhamdulillah aku diizinkan berbual dengannya ,walaupun perbualan kami ringkas sebab kesempitan waktuku tapi ia bermakna buatku untuk mengenali seni itu .Aku menngelarkan dia Ustaz ,walau ku tahu semua staff di situ memanggilnya Pak Cik .Aku tanya soalan yang paling asas sekali
"bila ustaz mula melukis?"
dengan spontan dia menjawab sambil ketawa kecil.
"saya melukis dari kecil lagi ,dulu lukis kat tanah pakai kayu ranting"
aku pun turut ketawa kecil untuk meraikan kata-katanya.lalu kuteruskan soalanku
"Ustaz tinggal di mana?"
dia menjawab "saya lahir di Tangkak ,kemudian sudah berhijrah ke banyak tempat dan sekarang di sini (Mega)"
Baru ku tahu rupanya orang Tangkak ,"dekatlah dengan kampung halaman saya"jawabku dengan terkejut.kami pun berbual sekekita tentang tempat halaman kami .Katanya sudah lama tidak ke kampung halamannya .Sempat juga aku meluahkan rasa minatku terhadap lukisan2nya,dan aku berterus terang bahawa aku sangat minat melukis kartun,dan aku meminta nasihatnya untuk aku terus berkecimpung dalam bidang ini.Kata-katanya yang masihku ingat ialah.
"awak kalau nak terus melukis,awak kena latih tangan awak melukis aje,biar lali tangan dengan melukis,saya memang Tuhan dah bagi saya pada bidang ni,kalau orang saya suruh saya masak ,saya tak tahu, sebab bukan bidang saya,jadi kalau awk rase apa yang terbaik untu awak ,awak teruskan.."

Sungguh bermakna sungguh kata-katanya ,Insyaallah kalau diberi kekuatan akan kuteruskan di bidang ini.Aku melafazkan rasa terima kasih padanya sebelum aku beredar dari situ kerana urusanku masih belum selesai.

Di bahagian atas restoran itu terdapat sebuah bilik tempat kami beradu,di dalam bilik itu juga terdapat satu ruang kecil yang boleh memuatkan 2 orang sahaja.Ruang itu agak selerak dengan surat khabar lama,majalah2 lama gambar2 dan disinari dengan cahaya lampu kecil.Aku bertanya pada kawanku
"tempat apa tu?"
dia menjawab ,"itu la tempat Pak Cik berjuang".
Aku masih tidak faham kata-kata kawan ku itu yang penuh maksud tersirat.Aku cuba amati betul-betul,rupanya ada water colour,berus lukisan ,meja kecil yang dipenuhi kertas2 lukisan.Baru ku faham maksud kawanku itu .Itulah tempat Pak cik Rosdin berkarya.Kagum sungguh aku melihat tempat sebegitu boleh dia berkarya .

Menurut kawanku lagi pak cik Rosdin inilah yang membuat logo Kapalterbang MAS(Malaysia Airline)Lagi bertambah kagum aku dengannya.Tidak sangka orang yang macam pak cik Rosdin itu telah berjasa buat Malaysia .Harapan buat pak cik Rosdin dapat teruskan berkarya untuk Islam ,dan dapat menghasilkan lagi idea2 yang boleh bawa kami agar kenal,cinta dan takutkan Allah.Moga panjang umur dapat lagi bertemu dengan pak cik Rosdin yang aku sanjungi.

Jumaat, 3 April 2009

TEGAS DENGAN PRINSIP


Tegas dengan prinsip ialah seorang Islam yang kuat berpegang dengan agamanya yang sentiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya. Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, tidak kira di waktu mana, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi dan kondisi yang bagaimanapun.

Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas dirinya. Sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya melawannya. Seperti dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya.

Maka terjadilah pada dirinya banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi yang tidak boleh dia melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah di dalam keadaan darurat.

Orang Islam yang tegas dan teguh dengan prinsip

Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati. Telah jadi mendarah mendaging. Telah sebati dan menjadi tabiat dirinya. Ia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu terlupa ia mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya dan tersangat tersinggung kalau ada orang yang menentang dan menghina agamanya. Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.

Sebab-sebab seseorang itu tegas dengan prinsip/sebab-sebab seseorang itu ada prinsip

Orang Islam yang tegas dengan prinsip jumlahnya tidak ramai. Sekalipun para pejuang, pendakwah-pendakwah dan da`i-da`i. Kerana itu Islam amat susah diterima oleh orang ramai sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir sangat takut dengan Islam.

Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang dengan prinsip atau di katakan orang ada prinsip ialah:

1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang baik pula.

2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.

3. Seseorang itu ada mempunyai cita-cita. Islam bukan setakat untuk dirinya sahaja tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di alam sejagat ini.

4. Kerana seseorang itu benar-benar faham tentang Islam, kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.

5. Kerana seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang baik yang boleh menyampaikan secara baik dan diberi pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh peribadinya.

6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia rasa seronok mengamal dan memperjuangkannya.

Rabu, 1 April 2009

Menongkah Arus

Post kali ini saya cuba nak describe tntang Menongkah Arus .Kenapa saya memilih tajuk ini?Sebab pada saya ayatnya ringkas dan padat,sekali imbas tak memberi apa-apa maksud.Tetapi bila dihayati betul2 dan diterangkan pasti ada sesuatu yang boleh mendatangkan inspirasi ,ini pada pengamatan saya.Tetapi tajuk ini seolah-olah tergantung pada maksudnya.Menongkah arus??arus ape harus ditongkah??kenapa harus ditongkah??nape tak ikut je arus tu??inilah yang menjadi persoalannya.

MENONGKAH ARUS HAWA NAFSU
MENONGKAH ARUS JAHILIAH
MENONGKAH ARUS SEKULARISMA
MENONGKAH ARUS FITNAH

MENGIKUT ARUS SYARIAT ALLAH
MENGIKUT ARUS SALAFUSSOLEH
MENGIKUT ARUS SISTEM ISLAM
MENGIKUT ARUS PERJUANGAN ISLAM

Inilah yang saya maksudkan menongkah arus.Arus-arus kebatilan itu perlu ditongkah untuk kita selamat sampai menuju jalanNya.Tanpa mujahadah dan kesungguhan kita takkan mampu untuk selamat sampai kepadaNya.Yang lebih penting sebenarnya dalam kita menongkah arus kita perlukan pemimpin,tanpa pemimpin masakan pula kita mampu melakukannya seorang diri ,perlunya kita mencari guru yang benar-benar Murshid agar kita ditunjukkan jalan bagaimana menghadapi arus-arus kejahatan yang terlalu halus memerangkap kita .Kalau kita tersilap langkah pasti akan terikut dengan arus kejahatan itu.

Di akir zaman ini banyak berlakunya fitnah.Fitnah itu sangat berleluasa hingga semua orang tidak mampu membendungnya.Perlunya kita sebagai umat Islam,yang ada cita-cita Islam,berjuang menghadapi fitnah kerana dengan fitnah inilah orang akan lari dari Tuhan,orang akan lari dari Islam,Jadi sebagai taklifan untuk orang Islam terutama yang belajar agama ,sama-sama kita menongkah arus finah ini dengan berjuang.Hendak berjuang utk orang lain kena berjuang pada diri kita dahulu,kena baiki diri,bersihkan hati dengan zikrullah,kalau tidak kita tidak akan mampu utk berhadapan fitnah yang paling besar.Hendak menongkah arus kejahatan yang ada sekarang ini kenalah tongkah arus hawa nafsu dalam diri kita dahulu.Barulah ia perjuangan yang selamat lagi menyelamatkan.Kalau tidak orang akan ketawakan kita ,sebab kita pun masih lagi ikut arus hawa nafsu jahat kita macammana kita nak ajak orang lain menongkah arus bersama.

Dalam kita hendak menguruskan sesuatu perkara,yang paling penting adalah niat kita.Tanpa niat yang betul iaitu kerana Allah Ta'ala ,perkara yang kita buat itu akan hilang berkatnya .Suluhlah hati kita selalu,periksalah hati kita selalu adakah ia membawa kearah keredhaan Allah ataupun sebaliknya .Pentingnya keikhlasan kerana Allah kerana amalan yang Ikhlas sahaja yang diterima Allah.Disionilah perlu kita sentiasa perbaharui niat kita,perlu mujahadah sentiasa ,berdoa dan berharap dengan Tuhan agar sentiasa diberi petunjuk.Moga-moga apa yang kita lakukan itu Tuhan terima .

Jenaka Minda

Pada suatu petang hampir masuk waktu asar

Remaja: wawawawa...tak tahan..wawa(menyanyi)

Ustaz: eish budak-budak ni melepak je kerjanya,dah hampir waktu asar dah ni asyik menyanyi aje.Ini tugas aku sebagai lepasan Azhar utk menegur budak ni..Assalamualaikum dik ape khabar,sedap sungguh nyanyian kamu ini ,eloklah disumbangkan untuk Islam..

Remaja:Waalaikumsalam ,boleh la ust sikit-sikt,kami pun tak pndai nyanyi nasyid ust..sume bantai lagu rock..

Ustaz:Elokla kamu balik sekarang ,hampir masuk waktu asdar dah ni,balik tukar baju mari kita sama-sama jemaa'ah di Masjid

Remaja:nantilah ustaz,Asar kan waktunye panjang lagi,kami tau la nanti nak solat..lagipun sembahyang pun lum tentu masuk syurga..

Ustaz:pandainye kamu menjawab,memanglah saya yang solat ni pun lom tentu masuk Syurga
ape lagi orang yang tak solat langsung ,dapat masuk syurga ke??

Remaja:eish terasa la pulak ustaz ni cakap ,aku ni zohor lom solat lagi...erm..ust kami balik dulu la nk solat zohor....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...