Rabu, 31 Ogos 2011

Sebelum SUBUH


Sebelum SUBUH
Aku BERSIMPUH
seperti LUMPUH
Tapi tak JATUH
Jari-jari LENGUH
Di laptop AMPUH
Berhidangkan CELARUH
Bersiapkan PARUH
Bertongkatkan lautan RIMBUH

Selasa, 30 Ogos 2011

Raye lagi..


Raya kali ini berbeza sekali
Bukan kerana suasana mati
Tapi kerana terasa lapang di hati
Ada sebahagian perkara setle sendiri

Tambahan pula dah ada kenderaan sendiri
Alhamdulillah syukur pada Illahi
Mengurniakan kemudahan untuk hambaMu yang tak layak ini
Malu rasa di hati,moga dapat aku gunakan ke arah pembangunan diri

Raya kali ini seperti tahun2 sebelum ini
bersama keluarga yang sentiasa di sisi
pengalaman pernah beraya sendiri
Mungkin akan datang beraya di rumah keluarga satu lagi

Akhir sekali,salah silap harap diampuni
Segala perilaku yang tak disenangi,jangan ambil hati
kepada seluruh keluarga,rakan²,anak² murid,tak lupa juga pada buah hati
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk tahun ini..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sahur

Sahur di penghujung,
Imsak mengunjung,

Hati termenung,
Jiwa mengusung,

Akal berselindung,
Mata berpayung,

Badan menghuyung,
Tangan menggulung,

Menanti waktu terulung,
Waktu diri menyembah Yang Maha Agung.

Ahad, 14 Ogos 2011

Wahai Ali,

Wahai Ali,
bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

1.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2.Tidak terpesona dengan pujuk rayu wnita.

3.Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.


Wahai Ali,
bagi orang yang alim itu ada 3 tanda-tandanya: 

1.Jujur dalam berkata-kata.

2.Menjauhi segala yang haram.

3.Merendahkan diri.


Wahai Ali,

bagi orang yang taqwa itu ada 3 tanda-tandanya:

1.Takut berlaku dusta dan keji.

2.Menjauhi kejahatan.

3.Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,

bagi orang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:

1.Merahsiakan ibadahnya.

2.Merahsiakan sedekahnya.

3.Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali,

bagi ahli ibadah ada 3 tnda-tandanya:

1.Mengawal dirinya.

2.Menghisab dirinya.

3.Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Ahad Ramadhan

Hari Ahad ,tengahari yang hening,duduk sorang-sorang menunggu pelanggan di bawah kedai World of Herbs.Sesekali dihinggap rasa bosan,sesekali kebosanan terubat dengan kawan² di fb.

Perut mula mengelegak lapar,akibat tak sahur pagi tadi,walaupun fikiran masih waras ,sesekali terdetik untuk batalkan puasa...

Tapi aku masih boleh bertahan,insyaallah sampai ke penghujung...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...