Isnin, 30 Mac 2009
Masa muda remaja
hanya sekali saja
sayngilah masa muda mu
ia kena dijaga
kerana masa muda ia amat berharga
ia penyuluh masa depan manusia
masa muda ambillah perhatian
isilah dengan perkara yang berfaedah
carilah ilmu dn pengalaman
iman,harta dan juga kesihatan
remaja harapan
Masa muda remaja
jangan dipersiakan
engkaulah aset agama, bangsa dan juga negara
tenaga dan fikiranmu amat diperlukan
janganlah mudah dipersona oleh suasana
Lebih lagi Tuhan tidak berjanji
kita hidup sampai bila
remaja sedarlah
lebih lagi jangan dipengaruhi
nafsu ,syaitan durjana
remaja bangunlah
Remaja contoh
kaulah aset agma bangsa dan juga agama
Sabtu, 7 Mac 2009
SUFI
selangkah tirai kasihmu ku buka
engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada kasih..
Sufi kau rela pilih derita di dunia, biar rebah di hina kau tak berubah..
Kau menguasai selautan yang tersembunyi di genggaman,
nafi dan isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan..
Sufi kau hilang di pandangan, ada di dalam kenikmatan,
engkau dan dia pasti tidak akan terpisah..
Andai tertutup tirai sufi, yang terang tidak nampak terang, inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan..
Inginku tempuh titianmu, dari kekasih ke kekasih, pengabdianku bersamu kasih,
biar rebah di hina kau tak berubah..
Khamis, 5 Mac 2009
Rasulullah manusia agung lagi ajaib
Mengenang semula sejarah baginda berjuang rasa tidak termampu untuk kita menjejaki,macam-macam dugaan dan cabaran baginda hadapi oleh kaumnya sendiri,namun baginda masih sanggup mengorbankan diri demi untuk mengenalkan Tuhan kepada semua manusia,dan menegakkan hukum2 Tuhan di atas muka bumi ini.Keberanian Rasulullah sangat luar biasa ,mampu berhadapan dengan musuh sendirian ,pernah diacukan pedang pada leher baginda tetapi dirinya masih mengatakan Allahlah yang mampu selamatkan nyawanya hingga terjatuh pedang rang Quraish kerana gerun dgn kata-kata Rasulullah SAW.
Rasulullah melahirkan para sahabat ,yang mana para sahabat ini laksana bintang-bintang, kalau ikut salah satunya pasti akan dapat petunjuk.Luar biasanya sahabat ,ketaatannya pada Rasulullah sangat ketara, sanggup tinggalkan anak ,isteri demi hendak berjuang bersama Rasulullah .Hebatnya Rasulullah kerana mampu mendidik para sahabat sedemikian rupa.Itulah ilmu wahyu yang Allah anugerahkan pada baginda.
Hari ini,baginda tidak lagi bersama kita secara zahirnya,tapi utk kita kembalikan ingatan kita pada baginda ,bersalawat ,bermaulid ,berzanji dan yang lebih penting kita hayatilah peribadi,perjuangan dan sejarah baginda agar kita dapat mencontohi beliau dalam seluruh tindak tanduk kita dan amalan kita ,untuk kepentingan umat islam sejagat .
Menconteng bantu tingkatkan memori
ANDA mungkin nampak seperti tidak memberi perhatian ketika menconteng atau mencoret sesuatu tetapi kajian sains kini membuktikan sebaliknya. Para penyelidik di United Kingdom (UK) mendapati mereka yang menconteng di atas kertas semasa mendengar mesej yang direkodkan mampu mengingat semula mesej tersebut sebanyak 29 peratus lebih baik daripada mereka yang tidak berbuat demikian.
"Jika seseorang melakukan aktiviti yang membosankan seperti mendengar celoteh kawannya di talian telefon, dia mungkin tidak memberi tumpuan atau bermimpi pada siang hari," jelas seorang pengkaji, Profesor Jackie Andrade dari Sekolah Psikologi di Universiti Plymouth, UK.
"Tabiat ini akan menghalang mereka daripada fokus pada sesuatu tumpuan. Namun, tugasan ringan seperti menconteng sudah cukup untuk mengalih perhatian daripada sekadar bermimpi," jelasnya.
Dalam kehidupan seharian, perbuatan tersebut dilihat sebagai cara untuk kita kekal cergas dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.
p/s; seronok baca fakta ni,sebab aku la org paling suka menyonteng.Walaupun tak tahu sejauh mna kebenaran fakta ni.tapi mudah-mudahan takde yang sia-sianya apa yg menjadi hobi aku ni,kl boleh nk jadik kartunis,tapi setakat yang boleh je la...