Semua ibadah-ibadah zikrullah ini kalau dikerjakan dengan betul akan
meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan, serta kebahagiaan di
hati.
Firman Allah:
Terjemahannya: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan
tenang.
(Ar Ra'd: 28)
Syaratnya mestilah ibadah itu dilakukan dengan beradab, difahami dan
dihayati maksudnya. Misalnya kita menyebut Subhanallah mestilah
diberitahu hati bahawa Maha Suci Allah dari kekurangan yang disifatkan
pada-Nya.
Bila menyebut Alhamdulillah resapkan di hati bahawa segala puji bagi
Allah, segala kebaikan, nikmat dan rahmat yang memenuhi langit dan bumi
adalah kepunyaan Allah. Kenangkan segala pemberian Allah pada kita
semasa menyebut pujian itu supaya dengan itu akan terasa hubungan kita
dengan Allah.
Begitu juga ketika menyebut Allahu Akbar sedarkan hati bahawa Allah Maha
Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Pentadbir seluruh langit dan
bumi. Rasailah betapa kerdilnya kita di bawah pemerhatian Allah yang
hebat itu.